Menu berubah lagi…

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah lama rasanya mama tak mencoret dalam laman sesawang yang mama bina khusus untuk Aiman Haziq, Super Angel mama. Kadang-kadang mama terlupa apa perkembangan Haziq. Bila mama mendokumentasikan perkembangan itu dalam bentuk penulisan, mama akan ‘recap’ semula setiap perkembangan yang dapat mama lihat pada Haziq. Untuk beberapa minggu ini, perkembangan yang ketara dan membahagiakan mama ialah penurunan serangan encik ‘s’ yang selalu menghantui anak manja mama ni. Kali terakhir encik ‘s’ menyapa ialah pada tarikh 12hb. Sebelum itu, pada 28hb Disember tahun lalu, di depan pakar neuro yang buat visit di HSI. Boleh nampak perkembangan yang sangat ketara.  Hampir dua minggu Haziq bebas daripada sapaan encik ‘s’.Alhamdulillah!!!!!!!!

Perkembangan kedua yang mama perhatikan ialah menu makanan Haziq sudah mula berubah. Sebelum ini, Haziq hanya akan berselera makan nasi yang dicampur kurma sahaja. Akhir-akhir ini tekaknya sudah boleh menerima kepelbagaian rasa. Alhamdulillah!!! Mama sudah cuba campurkan lobak, kentang, daun sup..ayam….cuma kalau ikan tu pengasuhnya kata ada sedikitlah liatnya hendak makan tetapi bila semua bahan-bahan itu dimasukkan sebagai menunya, banyak pula yang masuk di tekak dan tak ada lagi sesi tolak makanan.

Mahunya mama tak gembira? Gembira yang sangat. Badan pun dah berasa tapi tak beranilah nak tegur.Pantang tegur, nanti kejap je turunnya.Buat masa sekarang, mama cuba elak mendukung Haziq dalam tempoh yang lama sebab lengan kiri dah tak tahan. Asyik minta diurut…..Sekarang kalau tiba waktu makannya, mama sudah ajar makan sambil duduk. Sambil duduk di kerusi roda, mama suapkan makanan perlahan-lahan. Mula-mula tu memanglah marah sebab dah biasa dipangku tapi lama-lama bila berbual…pujuk-pujuk…semuanya berjalan dengan baik. Tersedak-sedak tu ada juga tapi cepat mama ubahkan posisi duduknya agar lebih selesa. Apa yang penting, lengan mama tak bermasalah dan Haziq pun dah kena belajar makan dalam keadaan duduk. Mana boleh asyik nak bergantung dengan mama. You need to be independent ye dear!!!! Awak tu dah besar…Patutnya dah boleh masuk sekolah tadika, so janganlah marah kalau mama treat you kadang-kadang sama macam anak-anak tipikal yang lain….

Semoga perkembangan ini akan berterusan. Senang hati mama kalau perkembangan positif ini akan kekal. Janganlah encik ‘s’ tu datang menyapa. Tak mahulah..syuh…syuh…syuh….Anak mama ni kan nak berkembang dengan lebih pesat. Sekiranya encik ‘s’ tu tak datang, mungkin ada peluang perkembangan motor kasar dan motor halus Haziq akan lebih agresif…mudah-mudahan………Apa yang penting…makan banyak-banyak….makan karbo, makan protein, makan vitamin supaya membesar kuat dan sihat ye sayang!!!!!!

2 thoughts on “Menu berubah lagi…

  1. Semoga Sue terus tambah mengharungi dugaan ini ya….Akak akan senantiasa doakan agar Haziq membesar dengan cepat dan Encik ‘S’ tak datang menyapa lagi….Tambahkan hati kawanku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s