Sayang si kakak

Assalamualaikum

Hari ni mama nak cerita..bukan cerita tentang Super Haziq mama ni, tetapi bercerita tentang Super Kakak, Amira Sofiyah. Puteri kesayangan mama ni memang manja orangnya tapi sangat suka menjerit. Rasa nak pecah gegendang teling kalau anak dara ni menjerit. Orangnya agak kasar tetapi cerdik. Sangat menyayangi Haziq dengan caranya sendiri. Kadang-kadang naik takut dibuatnya melihat cara kakak melayan Haziq, rasa nak tercopot jantung pun ada. Mujurlah mama ni tak ada sakit jantung. Kalau ada….dah lama agaknya mama ni syemput………………………………….

Selalu kakak kena marah kalau layan Haziq kasar-kasar. Mana taknya, kadang-kadang tak terjangka apa yang dibuatnya. Angkat Haziq, letak main ala-ala hempas je gitu, mau tak tercopot jantung mama dia. Dup dap..dup dap dibuatnya. Selalu jugaklah ketam lima mama ni bergerak mencari posisi paling syesyuaiiiii untuk dicubit…..tapi kakak tetap begitu, tetap dengan dunianya…tetap dengan caranya. Akhirnya mama yang menyerah kalah…….biarlah kakak nak buat apa dengan Haziq asalkan tak membahayakan fizikal Haziq pun dah cukup……

Bila lihat keletah si kakak, rasa nak marah memang selalu datang bertandang tetapi bila difikirkan, memang setiap anak tu perangainya tak sama. Si abang lebih lembut dan mesra, si kakak sedikit kasar tetapi dalam hati mereka mama memang tahu bahawa mereka sangat sayangkan Super Haziq, cuma caranya sahaja yang berbeza. Kalau dibiarkan, tahu-tahu adiknya sudah diangkat tapi bila tak larat, dihempasnya aje atas katil. Itu atas katil, kalau hanya baring di bawah, tak ke sakit anak mama dibuatnya? Bila lihat semula video-video si kakak dengan Super Haziq, kadang-kadang tak sedar ada air mata yang mengalir. Tak bolehlah pulak upload video kat sini.

Mama sempat ambil satu video si kakak sedang berzikir nak menidurkan Super Haziq…..hampir 5 minit jugalah video tu kalau tak silap. Berkali-kali si kakak menguap dan yang paling best, yang mendengar zikir tak tidur, tapi yang mendodoi dengan zikir yang lelap….Punyalah sayang pada Super Haziq….Sayu hati melihatnya. Ada satu lagi video masa di kampung. Masa tu si kakak tak perasan mama ambil video dari arah belakang. Tengokkan aje macam mana dia layan Super Haziq. Super Haziq boleh pulak tu tak marah dengan kakak dia yang kasar. Super Haziq pun dah faham agaknya, ni tangan kakak dia yang membelai ganas…hehehe….

Apa-apalah nak….yang penting ikatan kasih sayang kalian berkekalan. Itu yang mama sentiasa doakan. Biarpun mungkin satu ketika nanti kami pergi dulu, mama berdoa agar anak-anak mama dapat memikul amanah yang ditinggalkan. Kalau tidak, selagi ada hayat di badan, tangungjawab dan amanah itu biar kita sama-sama tunaikan demi ahli syurga ini…………………Semoga cinta dan kasih si kakak akan terus subur dan berkembang demi adik kesayangan…………………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s