AFO…..

Assalamualaikum…..

Hampir sebulan mama tak update apa-apa dalam blog Super Haziq dek kerana kesibukan yang menghambat mama sebagai seorang student tua…..Ada kalanya memang rasa nak menulis tu ada tapi memandangkan mama asyik terkejar-kejar, akhirnya baru hari ni berpeluang menghadap laman blog Haziq untuk proses update cerita. Tak banyak sangat yang hendak mama kongsikan kali ini. Super Haziq pun dah dua hari demam, kebetulan sama juga masanya Super Haziq dan Hazeeq,anak seorang kawan mama yang sama-sama anak CP pun demam sama. Sudahlah macam kembar,demam pun macam main plan sahaja untuk demam bersama-sama. Agaknya demam sebab puas kena pusing, kene telek, kena belek dan kena tolak kakinya sewaktu pertemuan dengan akar rehab hari Selasa lepas. Pertemuan kali itu hanya mama bersendirian bawa Super Haziq ke hospital sebab Super Ayah kena uruskan Super Kakak dan Super Abang yang bersekolah agama di sebelah pagi dan akan ke sekolah kebangsaan pada sebelah tengah hari. Mencabar juga, temujanji jam 9.30 pagi.Pukul 9 pagi mama dah sampai tetapijam 12.00 tengahari baru dapat masuk jumpa doktor. Mahu tak jenuh menunggu! Terasa kebas seluruh punggung!

Kali ini mama bertemu dengan pakar rehab yang mungkin baru pertama kali dipindahkan ke hospital ini. Dr Sharon ada urusan di luar katanya, hujung minggu baru balik.Perkembangan Super Haziq dipantau sebagaimana biasanya. Kali ini doktor mencadangkan agar Super Haziq memakai sejenis AFO khas untuk membantu otot kakinya supaya boleh berdiri dan latihan berdiri perlu digiatkan. Kaki kirinya nampak kian bengkok dan agak merungsingkan mama. Baclofen memang mama dah tak makan dan pakar pun tak marah sebab kadangkala as parent, kita kena berani mengambil sesuatu keputusan. Memang kena agresif untuk latihan kaki sebab mama tak mahu berikan baclofen pada Super Haziq. Itulah harga yang perlu mama bayar untuk suatu keputusan yang dipersetujui bersama Super Ayah.

Sebelum ini Super Haziq memang ada pakai AFO tapi mungkin kerana sudah tidak sesuai, Haziq dicadangkan untuk memakai AFO Kangaroo. Sepasang harganya RM1300. Terdiam jugalah mama sekejap tetapi mujurlah boleh claim semula memandangkan kami adalah kakitangan kerajaan. Alhamdulillah, ada jalan yang terbuka untuk kami demi kepentingan Super Haziq. 

Image 

Inilah dia AFO Kangaroo tu.Pembekalnya dari negara seberang tambak. Tampak lebih kemas, cantik dan selesa untuk Super Haziq selepas diacukan ke kaki.

Image

 

Ini pula AFO Barney, lebih pendek dan sesuai untuk anak-anak CP yang sudah boleh berdiri dan otot kakinya kuat. Sesuai kalau digunakan untuk aktiviti di luar rumah. AFO yang ini tidak sesuai untuk Haziq memandangkan target kami ialah untuk dirikan Super Haziq di standing frame seberapa lama yang boleh bagi merangsang otot kakinya supaya menjadi lebih kuat. Itu matlamat dalam masa yang terdekat.Harap-harap dapar direalisasikan apabila item yang dipesan dapat di tangan.

Image

 

Kaki Super Haziq yang diacukan dengan sampel AFO di Jabatan Rehabilitasi. Memang cukup sepadan dengan saiz kaki Super Haziq. Semoga AFO ini dapat membantu dalam meningkatkan perkembangan motor kasar Super Haziq. Mama penuh harapan agar Super Haziq sendiri dapat memaksa dirinya untuk lebih berusaha. Berusaha untuk menstabilkan posisi kepala yang sudah agak stabil, berusaha untuk duduk, berdiri dan seterusnya berusaha untuk melangkah sebagaimana anak tipikal yang lain. Seolah nampak terlalu jauh harapan mama tetapi tanpa sebarang harapan, tiada usaha yang akan dikeluarkan. Bila ada harapan, ianya akan jadi pendorong untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Ganbatte Super Haziq!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s