Dia datang lagi!!!!!!

Assalamualaikum….

Pagi ini mama nak menulis, nak bercerita tentang kehadirian si ‘dia’ yang datang menyapa Supar Haziq lagi pagi semalam, hingga dua kali dalam masa tak sampai sepuluh minit!! Kalau mula-mula dulu mama berhadapan dengan situasi ini, mama memang hanya tahu menangis, tak habis-habis mengalirkan air mata sebab tak tahu apa yang harus dilakukan. Takkanlah setiap kali disapa, mama hendak berkejar ke hospital? Mau pitam mama di tengah jalan gamaknya!!!! Lama kelamaan, bila mama dah tahu bagaimana kaedah mahu mengendalikan situasi bila disapa sidia yang tak diundang, mama rasa mama semakin kuat untuk melaluinya. Tambah pula, mama dan Super Ayah pun jenis ‘selamba’….jadi kami kian bersedia bila-bila masa ianya berlaku.

Mama pernah ceritakan bahawa sidia yang tak diundang tu memang dah kurang menyapa sejak mama bawa Super Haziq menjalani rawatan alternatif, accupressure, terapi medan elektrik dan terapi warna sejak hampir setengah tahun lalu. Memang nampak perubahannya. MAma sudah dapat mengesan, sidia hanya akan hadir seandainya ada sesuatu yang merangsang @ menjemput kehadirannya. Contohnya, kalau Super Haziq mula merengek lapar atau haus, jangan dilambat-lambatkan. Kalau sengaja dilambat-lambatkan, nampaknya bila Super Haziq semakin mengaruk, senanglah si dia datang menghampiri. Hanya kadang-kadang sahaja sidia datang tanpa isyarat.

Semalam, mama terlewat beri Super Haziq susu. Bangun tidur, Super Haziq dah mengaruk. Biasalah, putera yang seorang ni kalau dah lapar memang tak boleh nak tunggu. Masa itu juga mahu dapat apa yang diinginkan. Lambat sikit, masa tulah dia akan menangis kegeraman sehingga hilang suara dan ketika itulah sidia datang sehingga biru-biru muka. …..Itulah yang terjadi pagi semalam. Geram dibuatnya….Apa yang mama mampu lakukan ketika itu hanyalah memicit di bahagian atas bibir Super Haziq sekuatnya. Mujurlah setiap kali si dia datang, memang tak pernah lama sehingga 3-4 minit. Paling lama pun seminit setengah tapi dalam pada itu, apa yang mama terfikir cuma satu………..Entah berapa banyak sel otaknya yang rosak setiap kali diserang si dia…Pada ketika itu juga mama hanya mampu mencium Super Haziq sepuasnya……..Tersayat-sayat hati mama ni bila memikirkan sel-sel otak yang menerima kesan akibat serangan si dia yang kalau boleh memang tidak mahu dilihat lagi. Apakan daya, Allah masih mahu menguji Super Haziq dan Super Mama, dan insan-insan di sekelilingnya. Pasti ada hikmah yang masih Allah sembunyikan.

Satu sebab lagi serangan si dia datang mungkin disebabkan oleh keadaan Super Haziq yang tak berapa nak sihat sejak hari Rabu lepas. Dua hari jugalah panas badannya turun dan naik. Mama sampai hilang mood nak buat kerja sekolah. Memang tak boleh nak fokus. Laptop pun tak buka…..Risaukan anak melebihi kerisauan yang lain. Yelah, mahunya mama tak risau? Anak ini bukannya anak tipikal,sebaliknya anak yang berbeza fizikal dan kemampuannya. Kalau orang melihat, pasti mereka akan katakan anak mama ni cacat. Itulah hakikatnya tapi mama teringat pesan seorang pensyarah yang pernah mengajar mama 12 tahun dulu. Katanya…..”masyarakat memang akan mudah mengatakan seseorang itu cacat tetapi sebagai seorang yang berpendidikan, kita kena faham sensitiviti ibu bapa dan keluarga yang memiliki anak-anak cacat ini. Penggunaan bahasa perlu dijaga kerana itulah yang menunjukkan tahap pendidikan kita dan sejauh mana kita peka dengan sensitiviti dan budaya masyarakat kita. Bahasa tu kan melambangkan bangsa. Mungkin daripada mengatakan anak itu cacat, adalah lebih manis dilabelkan anak istimewa walaupun kami sebenarnya memang menerima kecacatan anak-anak kami.

Hmmmm…….Super Haziq dah merengek, masa makan dah sampai. Jadi mama tak boleh lengah-lengah kalau nak SELAMAT!!!!hehehe….kena tunaikan kehendaknya supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Lain kali mama sambung cerita ye……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s