Tutti Fruiti dan 50%……

Assalamualaikum…..

Sekadar berkongsi cerita tentang kemudahan yang boleh diperolehi oleh anak syurga yang dikategorikan sebagai OKU dengan pemegang kad kenal diri OKU berwarna kuning (kategori masalah pembelajaran). Kalau hendak dilihat daripada senarai kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk golongan OKU, memang banyak antaranya:

  1. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
  2. Geran Pelancaran (GP)
  3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  4. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
  5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Banyak lagi bantuan yang disenaraikan, cukuplah hanya lima yang utama mama disenaraikan. Mama berfikir, apakah kemudahan yang boleh Super Haziq mama perolehi dengan keistimewaan ‘sangat’ memegang kad OKU kuning itu. Bantuan no.1? Tidak mungkin kerana syarat permohonan mesti pendapatan keluarga di bawah RM3,000. Jadi, Super Haziq tak layak. Bantuan no.2? Lagilah tak layak sebab Haziq masih budak, entah sampai ke tidak usianya untuk buat bisness dalam keadaan fizikalnya yang begitu. Doa mama sentiasa agar Super Haziq panjang usia dan sihat dengan harapan mungkin bantuan yang satu ini boleh diperolehi satu ketika nanti. Bantuan no.3? Tu kena tunggu bila Haziq dah bekerja..mahunya 15-20 tahun lagi (aamiin). Bantuan no 4? syaratnya berumur 18-49 tahun. Haziq terkeluar daripada senarai. Bantuan no 5? Biarpun Super Haziq terlantar, memerlukan penjagaan dan perhatian khusus selama 24 jam, masih tidak layak kerana Super Mama dan Super Ayah mempunyai pendapatan isi rumah melebihi RM3,000. Kesimpulannya, ada maknakah Super Haziq memegang kad OKU? Eh ada…………………………..boleh dapat makan tutti fruti dengan diskaun 50%!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hahahahahahahahahahahaha….sungguh hebat!!!! Itupun bukan Super Haziq yang makan, mama dan Super Kakak, Super Abang dan Super Ayah yang tumpang rezeki Super Haziq. Super Haziq tak boleh makan sebab sensitif dengan benda-benda sejuk….Setakat ini, itulah faedah yang Super Haziq dapat tetapi tetap juga bukan untuk kemaslahatan dirinya. Kasihan kan……

Kadang-kadang terasa ibarat kami ni pengemis, meminta-minta hak yang sepatutnya diberikan kepada anak syurga kami yang terlantar ini, tetapi sayangnya dia tidak layak mendapatkan hak tersebut hanya kerana ibu bapanya dikatakan berkemampuan. Super Haziq ialah anak yang dikategorikan dalam kelompok Spastic Quadripelgic Cerebral Palsy with Global Development Delayed. Tak faham? Dalam bahasa mudahnya, macam bahasa orang kampunglah senang hendak kata…….Haziq ni kanak-kanak spastik di bahagian kedua-dua kaki dan tangan kesan daripada kerosakan otak yang membawa kepada kelewatan perkembangan secara keseluruhan. Nak lagi mudah, ala…budak dah lima tahun tapi perkembangannya masih lagi macam budak baru 5-6 bulan…..Bayangkanlah sendiri perkembangan anak-anak tipikal kalau dalam lingkungan 5-6 bulan ye…..Bila memandangnya, hati ini hanya Dia yang mengetahui gelodaknya. Jadi, apa isimewanya menjadi pemegang kad itu buat masa ini? sebab itulah sehingga hari ini kami tidak menukar kad tersebut kepada kad yang baru. Sama sahaja, tiada kepentingannya buat masa ini.

Kalau hendak dikatakan kecewa, itu sudah terlalu acap kali diucapkan. Bukan sahaja mulut mama yang akan mengungkapkannya, tetapi bagi semua ibu bapa yang memiliki anak-anak istimewa. Selalu mereka katakan, itu adalah dasar kementerian,pegawai tak boleh nak ubah. Persoalannya, adakah dasar itu sama levelnya dengan apa yang digariskan dalam Al-Quran sehingga tidak boleh diubah? Manusia yang merangka dan menetapkan dasar tersebut. Sewajarnya boleh ditukar bila-bila masa. Di sana sini mereka melaung-laungkan akan menjaga kebajikan OKU, hakikatnya????Tepuk dada, tanya minda anda!!!!!! Ada pula yang berani mengatakan, kami ni kakitangan kerajaan, ada orang lain yang tak bekerja, lebih susah yang perlu dibantu. Mengapa perlu kenyataan ini dikeluarkan? Malah mama pernah menerima kenyataan, “Kalau kami berikan bantuan pada ibu bapa yang memiliki pendapatan lebih tiga ribu, nanti ibu bapa akan lepas tangan”. Apakah maksudnya? Adakah kami akan gunakan hak anak-anak kami untuk kepentingan kami? Cuba duduk di dalam situasi kami. Seandainya ditakdirkan anda memiliki anak seperti kami, apa yang anda akan lakukan? Menangis meratapi nasib tanpa berbuat apa-apa? Pasti tidak kan…..Kita akan lakukan apa sahaja. Seandainya kita kaya raya…….punya perniagaan dan syarikat bernilai berjuta-juta, setakat bantuan 2-3 ratus tu memang tak pandanglah..Bolehlah menunjuk sombong. Tapi bagi yang kurang berkemampuan dan golongan sederhana, walaupun nilainya hanya 2-3 ratus yang dipohon, sangat besar ertinya bagi mengurangkan sedikit beban yang harus dipikul.

Kalau setakat hulur kad dan dapat diskaun 50% di tutti fruti……setakat itu sahajalah kebajikan yang diberikan kepada anak syurga mama ni. Selebihnya semua perlu ditanggung mama dan ayah. Mujur juga ada hospital kerajaan untuk terapi tetapi untuk rawatan alternatif, semuanya perlu diuruskan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak. Bukanlah mama hendak mengeluh, sekadar ingin membuka mata pihak-pihak yang berkenaan agar lebih peka, telus dan prihatin dengan nasib anak-anak kami ini. Selagi mama dan ayah ada, bolehlah juga mama usahakan yang mana terdaya. Kalau ditakdirkan mama dan ayah tiada, belum tentu ada yang mahu menjaganya. Ketika itu, masih wujudkah peranan JKM untuk anak syurga mama? Mama pasti tidak juga…….Takkanlah bila nak dapat kemudahan, kami kena menuju ke tutti fruiti aje kan?????????????????…..Fikir-fikirkan dan selamat berfikir……………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s