Dua teknik baru……………….

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cerita Haziq….harap sihat semuanya ye….

Hari ni mama keletihan. Keletihan yang amat!! Kaki pun rasa dah bengkak. Agaknya sebab banyak sangat berjalan. Kaki dah tak larat nak menampung kapasiti tubuh yang semakin bam bam, hahaha….Seawal jam 5.00 pagi mama dah bangun,kejutkan anak-anak yang sibuk nak mengikut mama dan Super Haziq ke program riadah dan memperkenalkan Persatuan Rakan Celik P.I.P.I Johor Bahru kepada masyarakat. Program berlangsung di Taman Merdeka JB. Inilah kali pertama mama nak ke sana, selalu lalu aje, tak pernah pun nak singgah. Kali ni sebab ada program, maka ada peluang mama bawa Super Haziq menjengah dunia. Risau juga dengan keadaan cuaca yang mungkin akan menyebabkan Haziq meragam sebab yelah, dia tu bukannya boleh panas-panas sangat, nanti mukanya macam udang kena bakar. Meragam tu takyah ceritalah kan….Melayankan anak-anak, menyiapkan keperluan Haziq, akhirnya jam 7.00 pagi baru keluar dari rumah. Apa lagi, mama pun pecutlah 110-120 ikut Lebuhraya yang baru. Sedang elok je dalam setengah jam dah sampai. Kalau tidak, mahunya 40 minit baru nak sampai JB dari Pasir Gudang. Sebagaimana dimaklumkan, parking memang payah tapi rezeki anak-anak, ada parking untuk kenderaan mama.

Tak larat nak cerita panjang-panjang apa yang berlaku, nanti mama akan ambil sedikit masa untuk tulis dalam blog mama pulak ye. Alhamdulillah, walaupun cuaca agak panas, Haziq berpeluh-peluh, langsung tidak pula meragam. Lepas sesi stretching, kami beramai-ramai pusing tasik. Pn. Prema, Ketua Jabatan Jurupulih Cara Kerja Hospital Sultanah Aminah sukarela mahu menggendong Haziq. Dalam pada menggendong, beliau memberikan tip untuk membantu anak-anak CP agar dapat memberikan respon terhadap stimulasi yang diberikan.

Pertamanya, sambil menggendong, Pn Prema menggunakan langkah gerakan yang sama nadanya. Maksudnya macam kuda berjalan, ada rentak tersendiri. Kalau cara itu diulang-ulang….anak-anak CP akan dapat mengecam gaya berjalan dan merangsang deria mereka dengan lebih aktif.

DSC01385

Suka benar didukung, letak kat wheelchair menjerit…anak bertuah!!!Siap mengelekek ketawa….

Cara ini juga boleh membantu anak-anak CP untuk melembutkan otot-otot supaya tidak menjadi semakin keras. Pn.Prema juga menunjukan satu lagi teknik yang sesuai sebagai stimulasi untuk anak-anak CP supaya dapat menguatkan otot leher dan melembutkan otot, selain fokus yang lebih baik.

DSC01387

Yang ini teknik kedua tetapi kena buat secara berduet. Kalau sorang-sorang tak ada maknanya lah……Haziq disangkutkan di bahu belakang dan seorang lagi akan memegang bahagian kaki dan diluruskan sambil berjalan. Kaedah ini membolehkan Haziq sentiasa mengangkat kepala…boleh gelak-gelak….

DSC01390

Kesian kakak-kakak praktikal ni kena dukung Haziq…Tengok muka Haziq tu, sebenarnya suka. Tak ada meragam langsung!!! Alhamdulillah……walaupun baju dan muka dah lencun dengan peluh….

DSC01391

Turn mama untuk mencuba kaedah yang dipelajari. Lagilah seronok baby besar mama ni sebab dia dah tahu dah bau mama dia…lagi lentok, bukan nak angat kepala lepas tu, lagi melekat ado….Bila kena naik bukit, confirmlah mama akan kurus di kuku. At the end of the road, mama surrender, letak Haziq dalam wheelchair yang disorong abangnya sejak awal tadi. Mujurlah ada anak sulung (abang Haziq) yang ringan tulang hari ni. Nak mengharapkan anak dara? Hmmm….masa nilah dia pun buat perangai…..Puas beraktiviti dengan persatuan, anak-anak tipikal dah ternampak kolam mandilah pulak. Melayan mereka pulak……

Sampai di rumah jam 1.30…penatnya terasa hingga ke saat ini.Kaki membengkak, tubuh terasa sungguh letih dan lepas ni mama mahu terus melelap mata………..lain kali baru mama sambung update blog Haziq ye sayang. Banyak nak cerita, apakan daya, sang mata sudah minta berehat. layankan ajerr……Semoga ukhwah yang terbina akan kekal berpanjangan……….

2 thoughts on “Dua teknik baru……………….

  1. su…teruskan ketabahanmu sahabat…ya Allah….berikan ganjaran untuk sahabatku dlm melalui kepayahan ini yang pasti tidak ternilai untuk dibayar..amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s