Jam loceng mama……

Bangun, bangun,baangun!!!!!! Bangun,bangun,baaangun!!!

jam ayam

 

Jam menunjukkan pukul 6.23 pagi . Mama dah lama bangun. Masih ingat tak zaman budak-budak (kalau yang umurnya lebih kurang sayalah)….Ada jam loceng siap ada bunyi macam line pertama di atas tu ha……cuba sambil baca sambil sebut…..bangun, bangun, baangun!!!! Masih teringat-ingat sampai sekarang…..Ada ke jam boleh bercakap….tapi sweet sangat kan? Apa pulak kaitannya dengan entri cerita Super Haziq kali ni yek? Jeng…jeng…jeng……

Akhir-akhir ni selalu sangat tengok kat FB group tentang Super Mum Super Mum yang tak dapat tidur lena sebab Super Duper Angel diorang takmo tidur….Kesian Mama/Ibu/Ummi/Mummy dan yang mana seangkatan dengannya sebab kena berjaga malam. Agaknya ada yang siap letak batang mancis kat kelopak mana dek kerana melayan anak-anak syurga masing-masing kan! Hebat semua Super Mum di luar sana. Bukan nak kata Super Dad tak hebat…HEBAT jugak tapi biasanya, lumrahnya, macam tak biasa, Super Mum jugaaakkkk yang patah paruh bertongkat siku…(hah, tak pasal-pasal masuk line lagu pulak)…..

La ni, seronok tengok Super Haziq lena, kak siap terkangkang lagi you!!!…..Rasa nak geget-geget aje tapi salah geget kang naik biru muka, jenuh pulak le mama dia kan…Takpe lalink…tidurlah…..mimpilah yang indah-indah sebab jam 4 pagi tadi dah berbunyi macam JAM AYAM kat atas tu ha…………….Budak pandai ni dah ada pattern baru. Balik dari rumah pengasuh, taknak minum susu. Biasanya sebelum tidur akan minum susu tapi dah taknak dah….”I’m a big boy Mama…”..yelah sangat nak oi……..Selepas tidur dengan nyenyak dan penuh perasaan, jangan tunggu lama, mama pun landing punya baik kat sebelah dia lepas dah terlentok kat keyboard laptop. Tak patut betul kan!! Kadang-kadang hasrat di hati nak stay up sebab nak buat kerja sekolah tapi biasanya akan tinggal impian je……So mama pun landing cantekkk je sebelah Super Haziq, siap selimut sebab aircond tu selalu buat hidung mama tersyumbat walaupun setkan ke 23/24 je pun…..

Mama baru je nak mimpi……tetiba ada tolakan dari sebelah. Confirm mamat ni berusaha tendang mama dia nak suruh mama dia bangun. Sedar, tapi buat-buat tak sedar (boleh harap kan mama Super Haziq ni…)Sekali,diam….dua kali..diam…kali ketiga dia pun mula menyanyi dan kelam kalibutlah mama dia kan. Tau takut……….(padan muka mama). Bila dah menangis, mana nak berenti, habis camane mama nak buat susu? Tiba-tiba ada bintang keluar betul-betul depan mata mama.  Aha!! Baby carrier!!!! Itupun pinjam kawan punya sementara, konon nak cuba guna untuk Super Haziq. Masa nilah boleh guna. Mama pun pasang baby carrier dan dukung Super Haziq ke dapur. Terus sengih! Bertuah punya budak! Dahlah hensem…tu saja nak tambah kehensemanlah tu…….Maka mama pun buat susu sambil hayun ke kiri, ke kanan….Bagus juga ni….macam dah ada tanda-tanda nak kena beli ni……sape nak sponsor ce angkat tangan!!!!!!hihihihi…

Minumnya tak banyak jugak, 2 auns aje. Agaknya cuma nak basahkan tekak. Sekarang ni memang taknak paksa Super Haziq minum sebab kaedahnya akan mengetap gigi kalau tak mahu disuakan susu. Kalau tak pun nanti dia buat macam-macam bagi susu tu masuk, lepas tu dia keluarkan semula sampai basah-basah baju…..cerdik kan? Bila menangis aje mama dan Super Ayah dah tahu itulah signal kehausan yang amat. Alhamdulillah tak meragam….Apa yang penting Super Haziq sihat……Biarpun sekarang ni Super Haziqlah alarm mama yang paling best, relakan ajelah……belum sempat subuh mata dah celik, lepas tu terkebil-kebil……Kepada semua Super Mum kat luar sana, akuilah…walaupun kita tak dapat tidur lena, anak-anak syurga kita nilah yang buat kita bahagia, buat kita lebih kuat….kan?…kan?…..Jadi, sediakan mental yang kuat,bak kata orang kalau nak perang pakai baju kalis peluru tebal-tebal. Yang ni kalau nak berjaga malam, sediakan batang mancis banyak-banyak!!!! Selamat berjaga malam!!!!!

La ni dah pagi..kat Taman perumahan ni tak dengar langsung bunyi ayam. Apa yang dengar bunyi kereta orang nak pi kerja. Jadi mama pun kena bersiap-siap nak uruskan keperluan dua lagi anak tipikal yang nak ke sekolah. Nanti kita sambung cerita lagi ye. Terima kasih sebab masih sudi singgah di laman Cerita Haziq walaupun kadang-kadang terjumpa sawang labah-labah…hehehe jangan bunuh tau!!!!! Ok tata….jumpa lagi!!! Bangun,bangun, BAAANGUNNNNN!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s