Apalah yang tak kena……

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung setia laman cerita Haziq. Malam ni mama dah naik buntu dah ni…kejap-kejap Super Haziq ni tersedar, menangis dan Encik “S” dia pun datang. Rasanya sejak jam 9.00 mlm tadi, hingga sekarang jam 12 tengah malam, dah hampir 2-3 kali diserang. Memang ada masa-masanya Super Haziq akan berada dalam kondisi macam ni..tak tentu… Kadang-kadang seronok tengok dia tidur nyenyak dengan mata rapat, tangan mendepang dan kaki terkangkang….macam dalam gambar ni…..

Punyalah nyenyak kan.....kaki je tak nampak.....

Punyalah nyenyak kan…..kaki je tak nampak…..

Malam ni, bila sedar kali pertama, ingatkan sebab haus sebab biasanya sebelum tidur Super Haziq mama ni akan minum dulu tapi lately dia kurang nak menyusu sebelum tidur. Suakan susu soya, tak mahu. Buatkan susu, minum sikit sangat pulak. Ala-ala nak basahkan tekak lepas tu mata terus rapat….kejap-kejap bangun. Hilang dah gaya terlentang dia sebagaimana biasanya…jadi macam ni pulak…..

ni gaya lama...malam ni malas pulak nak snap tapi gaya memang sama.....

ni gaya lama…malam ni malas pulak nak snap tapi gaya memang sama…..

Aha….cuma malam ni kaki dia lurus sikit. Kalau gaya ni, ni pun gaya ala-ala nyenyak…….Puas jugalah mama berfikir kenapa agaknya ada masa-masa yang Super Haziq mama ni akan tersedar-sedar daripada lenanya. Kalau setakat sedar tak apa lagi, ini tidak….bila dah sedar, dia mula buat gaya kejung dengan tahan nafas sampai kebiru-biruan. Memanglah tak boleh nak kawal sebab mama tau Super Haziq tak sedar pun apa yang berlaku padanya. Pasti ada masalah dengan gelombang elektrik dalam otak Super Haziq mama ni. Puas mama berfikir adakah semuanya berlaku sebab mungkin berlaku litar pintas gelombang elektrik dalam otak Super Haziq? Keadaan yang sukar diperjelaskan kan…..hmmmm…..mama pun kadang-kadang tak tahu macam mana nak buat. Apa yang mama praktikkan, tiap kali ‘dia’ menyapa, mama akan tekan di bahagian antara bawah hidung dengan bibir atau di celah jari antara ibu jari dan jari telunjuk. Hanya itu yang mama ingat berdasarkan teknik stimulateraphy yang pernah mama pelajari sedikit sewaktu pertemuan Super Mum’s and Super Dad’s Angel tahun lepas. Kadang-kadang Super Haziq sedar, kadang-kadang mama hanya mampu biarkan Super Haziq sedar sendiri.

Mungkin orang lain akan cuak bila berhadapan dengan keadaan anak-anak yang menahan nafas hingga kebiru-biruan seluruh muka, lidah menjadi pendek, mata mula dipejamkan, tangan dan kaki menjadi kejung, dan tidak sedarkan diri tapi mama dah biasa. Takut semestinya……tapi itulah dugaan dan cabaran buat mama dan Super Ayah….harap-harap lenanya malam ni akan terus sampai ke pagi….Moga-moga dijauhkan daripada serangan yang satu itu…….

Nak tidur pun mama jadi tak senang hati. Tambah-tambah lagi bila petang tadi pekena kopi kaw kaw di kopitiam bersama para sohabat yang sempoi….mulalah mata mama ni dok terkebil-kebil…..cuba-cuba jugak nak melelap mata tapi masih dok risau apalah yang tak kena dengan Super Haziq malam ni…..dalam hati berdoa bagai Super Haziq dapat tidur lena…….yelah, esok kan cuti, rancang nak bawak Super Kakak dan Super Abang pi beli jam tangan , jadi kena kumpul tenaga, tak molah esok lembik time berjalan sakan…..kalau malam ni tidur dah tak cukup, silap-silap perancangan esok kena tundalah pulok…….meraung le Super Abang……tak pelah…..mama nak landing sebelah Super Haziq….moga-moga dapatlah kami sama-sama membuai mimpi indah sebelum dikejutkan oleh jam loceng sebab Super Ayah nak tengok bola!!!!!!

Nanti kalau ada perkembangan Super Haziq lagi, mama akan updatekan blog Super Haziq ye…Till then, selamat beradu!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s