“Mmmmmmooaaaaaaa”…….

Assalamualaikum dan salam sejahtera……

Hari ni mama nak kongsikan sesuatu yang menggembirakan mama. Sejak semalam, Haziq memang tidur nyenyak sebab kalau balik kampung, Haziq memang payah nak tidur siang sebab cuaca panas…So, bila balik rumah, dapat tilam sendiri, kena pulak sejuk penghawa dingin, apa lagi, mendepang tanganlah dia…..kena pula bila diselimutkan,ada pula rasa hangat-hangat, lagilah nyenyak lenanya…..

Pagi tadi bila bangun tidur, seperti biasa Haziq akan merengek kalau dia kehausan. Tapi kali ni mama terlewat sikit buat susu sebab dok leka tengok keputusan pilihan raya secara online sebab malam tadi dah tak larat sangat nak tengok keputusan keseluruhan….Hmmm Haziq…kalau lambat biasalah, mulalah dia bukak melodi dia tu kan….

Bila dah buatkan susu, Haziq masih lagi dengan mood sedihnya. Dah didukung pun masih ada rasa sedih dan sayu sebab mama lewat buatkan susu. “mmmmooaaaa……..”….ha???ha???? cam nak panggil mama jerr….tu mesti nak tunjukkan sayu sebab mama dia lambat…huhuhuhu tapi bunyinya tu sangat membahagiakan mama di pagi hari…..puas mama cium pipi Haziq…kanan, kiri, kanan semula, dahi…..semuanya mama cium sampai puas….masih tak puas lagi…..Ya Allah…Kau masih beri peluang padaku untuk mendengar sebutan tu keluar dari mulut Haziq lagi….Alhamdulillah Ya Allah…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s