Masalah pemakanan di kalangan kanak-kanak Istimewa

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Maaf kali ni lewat bersiaran sejak Sabtu lepas, sejak saya berjanji nak kongsikan mengenai masalah pemakanan di kalangan kanak-kanak istimewa terutamanya kanak-kanak cerebral palsy kepada semua pembaca setia blog cerita Haziq ni. Hmm biasalah, mood nak menulis bukannya datang selalu. Kalau datang selalu, alangkah bahagianya!

Apa yang saya nak kongsikan ini adalah berdasarkan input yang diperolehi sewaktu sesi pembentangan Dr Ngim Chin Fang  Sabtu lepas dalam Seminar Celik P.I.P.I  yang diadakan di Monash University Johor Bahru. Secara umumnya sebagaimana yang mungkin kita dah tahu, kalaupun ada yang belum tahu, Cerebral Palsy atau (CP) merupakan masalah pada bahagian otak yang memberi kesan terhadap mobiliti, pertumbuhan ataupun posisi tubuh anak-anak. Antara masalah anak-anak CP ialah:

1. Masalah kognitif

2. Sawan

3. Masalah penglihatan dan pendengaran

4. Masalah otot, sendi dan tulang

5. Masalah Sosial dan Emosi

6. Masalah pemakanan

Terdapat EMPAT masalah pemakanan utama yang sering dihadapi oleh anak-anak CP iaitu:

1. Kurang selesa menelan (20%)

2. Susah menelan (25%)

3. Refluks (><50%)

4. Sembelit / constipation (sangat biasa)

Kajian mendapati, daripada 10 orang anak-anak CP, 8-9 daripada mereka menghadapi masalah dari mulut ke dubur sebagaimana dinyatakan menerusi 4 masalah utama di atas. Kanak-kanak mungkin sangat sensitif pada tekstur dan rasa makanan, mengambil masa yang panjang untuk makan, enggan menelan makanan, mengalami masalah air liur yang sentiasa meleleh menyebabkan bukan sahaja anak itu sendiri akan kepenatan, malah ibu bapa juga kelelahan. Masalah-masalah ini juga menjadi penyumbang kepada pertumbuhan anak-anak menjadi terganggu.

Selain itu, kanak-kanak CP juga sering menghadapi masalah ‘aspiration’ iaitu makanan yang dimakan boleh masuk ke dalam paru-paru dan ini dapat dikesan sekiranya anak-anak itu terbatuk ketika makan, mempunyai kahak yang banyak, sukar bernafas ketika makanan dimasukkan ke dalam mulut, nafas berbunyi dan sering mendapat jangkitan paru-paru.

Bagaimana mengatasi ‘aspiration’ berlaku kepada kanak-kanak?

1. Cuba berikan makanan yang sedikit tetapi kerap

2. Meminta bantuan terapist berkenaan kaedah memberi makan yang betul/postur tubuh dan latihan menguatkan otot mulut

3. Makanan disalurkan melalui tiub iaitu:

    a. Gastrostomy tubes (PEG)-Teleskop dimasukkan ke dalam perut melalui mulut dan memerlukan pembedahan kecil di perut sekiranya anak itu betul-betul tidak boleh menelan. Masa makan menjadi sedikit pendek.

    b. Nasogastric tubes- Hanya digunakan untuk jangkamasa pendek (biasanya 2 minggu). Sekiranya digunakan untuk tempoh yang lama, ia mungkin boleh mencederakan usus kanak-kanak.

Masalah refluks atau pedih ulu hati atau heartburn merupakan kondisi yang dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan simptom kesakitan, muntah atau makanan termasuk ke dalam paru-paru akibat kegagalan injap di usus untuk memproses makanan. Bagaimana mahu mengatasi masalah refluks ini?

1. Pastikan posisi yang betul ketika makan

2. Kaedah perubatan untuk mengurangkan asid di perut (omeprazole, ranitidine)

3. Pembedahan (fundoplication) sebagai jalan terakhir mungkin dapat membantu.

Satu lagi masalah yang sering berlaku kepada anak-anak CP, Haziq pun selalu….SEMBELIT!!!!! 

Puncanya?

1. Susah nak bagi makanan yang berserat

2. Kadar air yang diterima tubuh/minuman tak mencukupi

3. Otot usus tak kuat untuk proses penghadaman dan menolak najis keluar.

Bagaimana nak mengatasi?

1. Tambahkan serat makanan dan cecair yang perlu diambil anak-anak

2. Menggunakan ubat (Lactulose). Jangan risau, anak-anak takkan ketagih. Ubat ini hanya berfungsi untuk melembutkan najis. rasanya manis dan menyimpan air di dalam usus untuk melembutkan bahan buangan dan mengelakkan najis menjadi kering.

3. Probiotics (yakult/vitagen)- tak berapa berkesan

4. Pembedahan (pilihan terakhir)

Sebagai kesimpulannya, sewaktu makan, posisi anak-anak kenabetul supaya tidak berlaku aspiration atau refluks. Sekiranya terdapat tanda-tanda anak-anak mengalami refluks, aspiration, atau sembelit, jangan segan untuk merujuk kepada pasukan perubatan yang pasti akan memberikan pandangan yang sesuai. Cuba juga untuk pastikan kesesuaian makanan yang diberikan kepada anak-anak dan konsistensinya untuk mengelakkan berlakunya masalah pemakanan yang biasanya membuatkan kita mak-mak ni selalu resah gelisah….

Sedikit info untuk perkongsian. Mungkn ramai yang dah tahu tapi tak apalah…..ilmu kalau disebarkan, insyaAllah takkan berkurang walaupun sedikit…

Advertisements

2 thoughts on “Masalah pemakanan di kalangan kanak-kanak Istimewa

    • sila kak…tak ada masalah…sharing is caring..tak banyak pun tapi mudah-mudahan boleh membantu sedikit sebanyak….saya cuma sampaikan sedikit maklumat dari perkongsian doktor yang lebih pakar….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s