Jerebu dan selsema….

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pengunjung setia laman ceritahaziq. Semoga semuanya sihat selalu meskipun jerebu masih menyelubungi. Alhamdulillah, jerebu di Pasir Gudang kian surut tetapi jerebu ini telah mensasarkan haluan ke daerah dan negeri lain yang diisytihar darurat. Moga atuk Haziq di Ledang dan saudara mara serta sahabat handai  di Ledang, Muar , Segamat, Putrajaya dan di Kuantan juga semuanya baik-baik sahaja. Paling penting, elakkan aktiviti di luar rumah dan lebihkan minum air. Mana tidaknya, mata berair, tekak perit, ada yang batuk dan Super Haziq sendiri sedikit kalah dengan jerebu yang melanda.

Risau jugalah bila tengok Super Haziq mama ni selsema walaupun sedikit. Bukan mama saja, mama rasa semua ibu bapa yang mempunyai kondisi sama dengan mama akan mengalami kerisauan yang sama, kebimbangan yang serupa malah ketisaksenangan hati yang ketara. Anak-anak ini memang sensitif dengan persekitaran. Sedikit perubahan persekitaran mungkin memberi kesan kepada kondisi mereka secara fizikal mahupun mental yang akhirnya juga mempengaruhi fizikal dan mental kedua orang tuanya, betul tak?

Aiman Haziq seorang anak yang kuat. Sejak kami hentikan pengambilan ubat-ubatan dari hospital dan istiqomah dengan suplement transfer factor sejak tahun 2010, sistem imunisasi tubuh Haziq nampaknya semakin membaik. Jarang sekali demam mahupun selsema. Kalau demam-demam manja, 2-3 jam baik tu biasalah….proses tubuh mahu membina antibodi. Bila bercakap soal selesema, seingat mama, menginjak usia Haziq lima tahun ni, hanya 2-3 kali Haziq diserang selsema berhingus. Selain itu tak pernah rasanya….Kali ini dek kerana jerebu, sekali lagi Haziq diserang selsema cuma kali ini tidak berair mahupun berhingus, cuma pernafasannya tidak selancar biasa terutama pada waktu malam. Tersekat-sekat. Kasihan benar kalau tengok keadaannya bila tersedar dari tidur malam-malam. Sapukan vicks di depan dan belakang dada barulah nampak sedikit lega untuk bernafas. Nak makan pun susah, terbatuk-batuk dan tersangkut-sangkut. Mujurlah Haziq tak demam sepanjang jerebu melanda sebab memang kami elakkan bawa Haziq ke luar rumah. TF pun perlu di’up’kan pengambilannya untuk membantu menguatkan imunisasi tubuhnya. Makan nasi pun tak mahu, sudahnya roti butterscoth jadi pilihan. Yang penting Haziq tidak kelaparan!

Mudah-mudahan jerebu ini cepat berlalu. Kasihan pada anak-anak syurga ini yang ‘fragile’. Semoga mereka tidak diuji dengan ujian yang mungkin tidak mampu ditanggung oleh tubuh kecil mereka. Semoga mereka terus diberikan kekuatan melalui ujian ini dan diberikan kesihatan serta kesembuhan daripada penyakit yang ditanggung. Sesungguhnya kepadaMu kami memohon doa,pertolongan dan perlindungan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s