Makan apa saja…..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ceritahaziq. Terima kasih kerana masih sudi mengikuti perkembangan anak syurga ini. Diam tak diam, hari ni sudah 23 Jun. Maknanya….pada tarikh yang sama bulan hadapan, usia Super Haziq akan genap lima tahun. Pejam celik pejam celik, sudah 1795 hari Super Haziq dipinjamkan kepada mama. Setiap momen bersama-sama Haziq adalah momen yang sangat bernilai, tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata yang berjela. Hanya yang merasai akan memahami. Aaaa…apa pula yang mama dok merapu ni….ok, sebenarnya mukaddimah sekadar mahu menyatakan bahawa anak mama dah besar!!!!

Oleh kerana dah besar, dah lima tahun….kalau anak orang lain tu dah berlari, dah petah mulut becoknya jangan cerita..dah sekolah! Tapi Haziq tetap istimewa. Bau baby pun masih melekat di tubuhnya. Makan pun macam budak kecik TAPI TIDAK LAGI!!!!!!! Sejak melakukan rawatan stimulaterapi, mama disarankan untuk cuba beri Haziq makan nasi kenyal sama macam kita makan hari-hari cuma mama yang takut-takut. Kalau makan nasi lembik pun tersedak-sedak, inikan pula nasi biasa! Maha Suci Allah yang Maha Mendengar rintihan hambanya yang kerisauan. Masa mula-mula mama suakan nasi biasa, Super Haziq memang marah-marah, tak suka tapi bak kata orang…’practice makes perfect!’….ditambah dengan sokongan kawan-kawan sekasut, alhamdulillah percubaan mama kian menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Kalau nak ikutkan Super Haziq punya tak suka, ada masanya menangis berair-air mata, macam budak besar tapi kena redha je lah nak……Bukan mama nak dera, cuma nak jadi kejam ajer…hihihi….

Mama minta pengasuh melakukan perkara yang sama. Tak perlu lagi nak masak nasi yang khusus untuk Super Haziq. Maksudnya, apa yang kita makan, dia akan makan juga. Mula-mula payah sikitlah, dah pandai mogok tak mahu buka mulut. Kalau makan pun hanya sedikit tapi tak apa..perlahan-lahan…..Alah bisa tegal biasa…lama-lama oklah tu…..Kemudian, mama cuba juga suakan makanan lain. Agak-agak Super Haziq lapar pagi-pagi, mama suakan oatmeal sebagai sarapan pagi. Kalau tidak pun, roti yang dicampur susu kesukaannya. Berjaya!! Cuma menu pedas tidak termasuk dalam senarai buat masa ini. Air suam pun sudah mula menjadi minuman paksaan supaya hasil buangan tidak terlalu keras. Nampaknya ada bunga-bunga positif dengan perkembangan terbaru ini. Nampak badan pun dah sedikit berasa bila didukung.Paling best……..syukur sebab dalam tempoh dua minggu ni, mama tak nampak langsung encik ‘S’ menyapa! Perkembangan yang sangat positif dan di luar jangkaan! Alhamdulillah!!!

Kalau dah boleh makan apa saja, senang sikit hati mama kalau nak bawa Super Haziq ke mana-mana. Roti, kuih semuanya boleh jadi alas perut. Bagus juga bila dah mula beri makanan kenyal sebab akan ada usaha Super Haziq untuk belajar mengunyah. Kalau tidak, kemam-kemam…telan….Bab tersedak, batuk tu ibarat irama setiap kali suakan makanan tapi irama tu kian kurang didengar dari hari ke hari. Good job anak mama!! Semoga perkembangan ini akan terus positif pada masa akan datang. Tak sabar nak teruskan dengan stimulaterapi. Urut bidan cantik pun mama usahakan sekali setiap minggu untuk bantu melancarkan peredaran darah dan membuka ‘blockage’ yang membantutkan perkembangan saraf Super Haziq mama ni. Apa yang mama terdaya akan cuba mama usahakan. Please be a good boy. You’re my little green bird loan for me from heaven. Nothing can replace you in my life and my heart….awwww….tiba-tiba mama tertelan keju….gulp!!!

Ok sayang….mama nak prepare another entry for your storyboard, so see you guys in next entry…till then…have a good day!!

You're my everything....

You’re my everything….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s