Corner chair dari Uncle Benz…..

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya….

Hari ni mama nak kongsikan satu alat terapi baru yang dihadiahkan oleh seorang sahabat yang juga mempunyai anak seperti Aiman Haziq. Bukan niat untuk menunjuk, sekadar berkongsi perkembangan Haziq buat semua yang prihatin dan menyayangi anak syurga mama dari kejauhan…chewah….bilalah novel mama nak keluar ni kan? hehehe…

Bulan lepas ketika menjalani fisioterapi di HSI sebagaimana biasanya, mama dinasihatkan untuk meletakkan Haziq di corner untuk membantu Haziq meluruskan kaki terutama kaki kanan yang semakin ‘tight’. Sebelum ni mama cuma letakkan je Haziq di sofa kalau nak latih Haziq duduk. Tiba-tiba teringat yang sahabat mama .Mr Benz ada stok corner chair dengan harga yang berpatutan. Dulu tak terfikir lagi kegunaannya untuk Haziq tetapi lepas dicadangkan oleh terapist, mama terus hubungi Benz untuk membeli kerusi tersebut. Maka berjanjilah kami untuk bertemu di rumahnya di Gelang Patah hujung minggu lepas.

Kalau nak ikutkan, nak beli corner chair tersebut di pasaran luar, bukan tidak mampu..MAMPU TETAPI……TETAPI tu yang penting. Mungkin kena simpan duit berbulan-bulan….mungkin juga ada yang kena pecah tabung ayam. Kalau takpun silap-silap kena parang tabung buluh….Harganya mencecah ribuan ringgit! Kalau tak silap, harganya dua ribu lebih! Kalau orang berduit bolehlah…kalau kami yang biasa-biasa ni, terasa perit yang amat jugalah…Orang memandang kita senang…berwang…bukan BERUANG eh….tetapi hakikatnya, Dia sahaja yang Maha Mengetahui apa yang kami lalui. Bila ada ruang mendapatkan item dengan harga yang jauh lebih murah dan fungsinya sama dengan item yang berharga beribu-ribu, anda fikirlah sendiri yang mana satu bakal jadi idaman kalbu? Tepu dada, tanya poket…lepas tu jawab sendirilah yek…..

Jadi, kami ke Gelang Patah untuk mendapatkan item tersebut. Cantik! Perkataan pertama bila melihat item tersebut. Warnanya kuning merah, garang! Adik Ah Hong(anak syurga Benz) menjadi model untuk kerusi tersebut.

Model corner chair tapi tak sempat ambil gambar duduk di corner chair...

Model corner chair tapi tak sempat ambil gambar duduk di corner chair…

lapkan air liur Haziq.....so sweet....

lapkan air liur Haziq…..so sweet….

DSC02652

Dah balik rumah....

Dah balik rumah….

Ada meja aktiviti juga, jadi senang untuk tarik perhatian Haziq untuk buat aktiviti. Kaki masih belum betul-betul lurus. Masih belum biasa….Mama ni masih bercita-cita nak siapkan satu bilik khusus untuk terapi Haziq di rumah, cuma rumah tak besar, dah tak cukup bilik. Masih berkira-kira nak beli rumah jiran dan diubahsuai. Mungkin jadi rumah yang sedikit pelik pengubahsuaiannya tetapi tak apalah..Mudah-mudahan hasrat ini termakbul….

DSC02690

Oh ya…ini pula corner chair yang digunakan pihak hospital. Harganya memang boleh tahan mahallah. Kalau nak beli, tertelan air liur mama nak!!! cantik memang cantik, sesuai dengan harganya tapi rezeki Haziq malam tu. Niat kami memang nak beli tetapi dapat hadiah pula dari Mr Benz. Terima kasih!!! Bukan mudah nak dapat kawan macam ni. Walaupun bukan sebangsa dan seagama, kerana Allah juga kami bertemu dan atas asbab yang sama iaitu anak-anak kami, banyak yang kami boleh kongsikan bersama-sama. Selepas ini, projek standing frame pula insyaAllah berdasarkan model yang dibuat encik suami. Mudah-mudahan ada yang sanggup membuat prototaip untuk kami…..dengan harga yang MURAH!!!Amiiinnn..

Demi anak syurga ini, apa yang termampu dan terdaya akan mama usahakan. Be strong boy, I knew you can do it!!!

7 thoughts on “Corner chair dari Uncle Benz…..

  1. Salam perkenalan, puan.
    Masa tengah search google, saya ternampak website ni & terus minat nak baca. Sebenarnya 2 hari yg lepas, saya bawa anak saya yg ke-3 berusia 9bulan ke hospital, dan dia disahkan menghidap hypotonia sebab perkembangannya lambat. Mula2 tu, saya kurang faham apa sebenarnya hypotonia sampai saya search google. Dan selepas mambaca kisah anak puan ni, hati saya pun jadi sedih dan sayu. Mungkin saya tak setabah puan. Tiap malam saya tak boleh tido, rasa resah, bimbang bila tengok wajah baby saya, kadang2 rasa macam nak nangis pun ada. Baby saya, Hafni Irdina namanya, dirujuk untuk membuat fisioterapi dan pemeriksaan mata. Bila nampak dari luaran, siapa pun tak jangka dia ada masalah, sebab nampak dia selalu aktif, bila digeletek dia ketawa, macam baby2 lain. Cuma masalahnya perkembangan dia tak seperti baby 9 bulan, tetapi doktor kata macam baby 4 bulan. Dia masih belum meniarap, bila nak berdirikan dia pun kaki dia macam tak kuat, tak boleh tegak sebab dia bengkok kan kaki.
    Tak tau lah kat mana salahnya sampai dia jadi macam ni. Masa dia lahir memang dia ada masalah Thrombocytophenia, platlet darah rendah dan ada jangkitan virus CMV. Tapi doktor kata semua dah okay, selepas tu saya dah tak bimbang. Sekarang masalah lain pula, saya jadi sedih sangat dan suami saya nampak macam tak tunjukkan apa2 kerisauan tapi saya tau dalam hati dia pun mungkin perasaan yg sama macam saya. Setiap kali terpandang wajah anak dan terdengar tangisan dia, hati rasa sayu.

    • Assalamualaikum Fairuz. Pertamanya terima kasih sebab jenguk laman ceritahaziq. Maaf kalau saya bertanya, adakah suami boleh terima keadaan anak ini? Kalau boleh,alhamdulillah kerana itulah yang paling penting sebab nak jaga amanah yang sebegini hebat perlukan kerjasama, komunikasi, toleransi dan sokongan antara satu sama lain. Dulu Haziq pun hypotonia tetapi semakin hari sudah increase, tak sehypotonic macam dulu melalui sesi terapi, rawatan alternatif dan sebagainya. Bila anak ada masalah jangkitan virus, paling risau apabila virus tersebut mungkin menyerang otak di mana otak mungkin tidak dapat mengawal mobiliti anggota badan tertentu atau memberi arahan kepada badan untuk berfungsi dengan baik. Saya faham,sekarang kalian melalui fasa yang perit, sedih dan sebagainya. let it be…kalau mahu menangis,menangislah tetapi tolong pastikan fasa tersebut tidak terlalu panjang sebab banyak lagi yang perlu dilakukan. Saya pun tidaklah setabah mana tetapi anak ini akan mengajar kita untuk menjadi ibu dan ayah yang lebih tabah, insyaAllah…Anak saya tahun ini umurnya menginjak 5 tahun tetapi baru sahaja pandai meniarap, itupun tak pandai pusing balik lagi. Jangan patah semangat….Usia anak Fairuz masih sangat muda dan kalau rawatan intensif diberikan, insyaAllah akan ada perubahannya. Berbahagialah walaupun perubahan itu cuma sedikit. Seperti Haziq, dia ada masalah kromosom, masalah mata (rabun dekat) yang agak kuat dan sawan yang menyebabkan perkembangannya sangat lambat. Apa yang penting, lalui hari-hari dengan gembira, cubalah…..Banyak lagi kerja nak kena buat tu….mohonlah dirujuk ke pakar rehab, fisioterapi, dan jurupulih cara kerja yang pasti akan membantu. Apa yang penting buat masa sekarang, kembalikan semangat kalian dulu…then baru kalian akan bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk Hafni Irdina. Sekadar berkongsi pengalaman yang sedikit. Salam peluk cium untuk Hafni Irdina. Pasti comel kan…..boleh add FB saya kalau sudi, Siti Suhaila (pic profile saya dan suami),cover photo kami sekeluarga dengan trademark JDT….

  2. Waalaikumussalam.
    Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Alhamdulillah, setakat ni saya dan suami cuba bertenang dan menerima keadaan anak kami. Tapi saya rasa saya yg kena lebih kuat semangat lagi sebab anak sentiasa bersama saya sebab saya ni seorang surirumah. Suami saya pun ada cakap nak cuba rawatan alternatif, dan bagi saya pula pernah terdengar tentang rawatan homeopathy. Tapi tak pasti adakah boleh rawatan tu untuk baby dan bagaimana kaedah rawatan homeopathy?
    Satu perkara lagi suami asyik berkata pada saya mungkin masa saya mengandungkan Hafni, dia terkenan dengan arnab. Sebab masa saya mengandung, saya ada belikan seekor arnab kepada anak perempuan saya yg berusia 5 & 6 tahun. Saya pun main2 juga dengan arnab tu. Selepas beberapa bulan bela arnab tu, suami menyuruh saya berikan arnab tu pada orang lain. Saya pun tak tau la nak kata macam mana pada suami. Kadang2 jadi bingung jugak. Beriya2 suami saya kata memang Hafni dah terkenan dengan arnab sebab tu dia jadi macam ni. Saya pun jadi 50-50, nak percaya ke tak. Apapun, next week Hafni akan buat fisioterapi. Oh ya, doktor pun ada cakap kena buat MRI untuk otak, tapi lambat lagi la, dalam 2 bulan lagi agaknya, ada kawan bagitau saya hospital kerajaan memang lambat, dan kalau hospital swasta pulak agak mahal kosnya. So, kena tunggu je la sebab kami pun dari keluarga yg sederhana.
    Macam mana dengan Haziq hari ni? Sihat ke? Salam peluk cium saya untuk dia juga Umur dia pun sebaya dengan anak saya yg ke-2. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca masalah saya dan berkongsi pendapat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s