Buai laju-laju……….

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia laman ceritahaziq…..

Sebenarnya waktu mama tuliskan entri ni, mama berada di KL kerana menghadiri seminar bekaitan golongan kurang upaya yang ada kena mengena dengan bidang kajian mama. Jadi, mama terpaksa tinggalkan Super Children kesayangan di bawah jagaan Super Ayah selama tiga hari. Mengakui kehebatan Super Ayah yang lebih hebat jaga anak-anak tatkala mama outstation kalau nak dibandingkan dengan mama adalah pengakuan jujur dari lubuk hati yang paling dalam. Super Ayah sehari je ke Bukit Jalil, mama dah tak tentu arah dengan kerenah anak-anak. Jadi…SALUTE pada Super Ayah!!!!

Nak mengubati kerinduan pada anak-anak terutamanya Super Haziq, mama belek-belek album gambar yang ada dalam laptop yang sering mama usung ke mana-mana. Tertengok semula wajah ceria Super Haziq mama sewaktu mama letakkan di dalam buai di Bukit Layang-layang Sabtu lepas. Jadi, mama terjemahkan kegembiraanitu dalam bentuk entri di laman ceritahaziq seperti kebiasaannya.

Lepas Super Ayah menyertai rombongan ke Bukit Jalil, mama kerahkan anak-anak tipikal untuk bersiap-siap ke Bukt Layang-layang. Sebenarnya hari tersebut kami sepatutnya ada aktiviti bersama-sama Persatuan Rakan Celik P.I.P.I di Taman Merdeka JB tetapi kami tak berkesempatan ke sana memandangkan semuanya lewat bangun hari tu. Nak siapkan anak-anak lagi, uruskan barang-barang…mahu tak mahu ambil masa sejam juga, mesti tak sempat, jadi teruskan dengan bawa anak-anak ke destinasi lebih hampir. Anak-anak pun lama tak ke sana. Mahu tak suka? Itulah hari anak-anak terutamanya anak-anak tipikal untuk ‘kerjakan’ mama dia cukup-cukup!hehehehe….

Sampai di Bukit layang-layang, anak-anak terus menyorong kerusi Haziq ke taman permainan. Itu je pun yang ada dalam fikiran mereka. Mama dukung Haziq dan ingin mencuba naikkan Haziq dalam buaian. Haziq memang suka kalau dibuai,apatah lagi bila didukung. Jadi mama cuba masukkan Haziq dalam buai dan dibuai dengan mama mengawal di bahagian belakang badan. See? see?

Baru sampai posing dulu...

Baru sampai posing dulu…

DSC02011

 

 

 

Pusing tasik dulu ler...

Pusing tasik dulu ler…
suka Haziq main buai ye...

suka Haziq main buai ye…

Rupa-rupanya Haziq lebih suka kalau dibuai begini. Sebenarnya inilah kali pertama mama bawa Haiq dan cuba buai ni. Pernah cadang pada Super Ayah untuk beli buai yang besar tu, yang boleh kita duduk-duduk tu…tapi tak ada pulak tempat nak menggantungnya. Mama perasan juga Haziq seperti ada sedikit gayat bila ada ketikanya dia mengangkat kaki dan mengecilkan bahu walaupun masih boleh gelak-gelak. Tangan pun taknak pegang buai….almaklum jari jemari belum pandai menggenggam….paksa pun kejap je dah lepaskan. Dalam pada tu, orang-orang yang ada dekat situ tengok sahaja gelagat Super Haziq dan mama. Pelik, minat atau tertanya-tanya mungkin berlegar dalam benak fikiran mereka. Malas mama nak ambil pusing. Belum lagi yang menoleh 2-3 kali….hmmmm…..Kalau minat tu tanya jelah kan…..hihihihi

suka lagi..

suka lagi..

Berpeluh-peluh mama dibuatnya tapi masih boleh tersenyum. Mana tidaknya, pegang Haziq,belakang badan ada beg, kanan badan ada sling bag….anak-anak seronok main..mama kena dera oooo…Dah dah..dah puas main, kita duduk pulak….kurus kuku mama weh…..

ok dah penat....muka Haziq pun dah merah...

ok dah penat….muka Haziq pun dah merah…

Lepas hampir dua jam di tasik Bukit Layang-layang….destinasi seterusnya ialah cari makan di Tesco!! Dah kenyang….melayan pulak anak-anak tipikal ni masuk kedai buku….diorang ni memang pantang kalau nampak kedai buku. Kalau kita kata tak ada bajet pun, hmm….kena jugak adakan bajet sebab taknak matikan minat diorang pada buku. Redha jelah…..tapi paling penting mama selalu akan kata “kalau tak behave…sorry,jangan nak minta apa-apa ye”. Biasalah budak-budak, ikut je arahan sebab nak dapat apa yang diidamkan….anak-anak zaman sekarang memang lebih matang, dan cepat belajar. Jadi,layankan jelah…….

Buai laju-laju..

Sampai pucuk sena

Gembiralah wahai anakku

Senyumanmu buatku terpana……

 

 

 

 

4 thoughts on “Buai laju-laju……….

  1. bertuahnya haziq dpt mama nak buaikan laju2 sampai cucur atap tu.. (eh betulke cucur? apasal teringat cokodok lak nih..)
    sonoknya tengok haziq hepi.. mama of koz lagi hepi kan..
    semoga mama di berikan lagi rahmat kesihatan… rahmat masa lapang.. boleh bwk haziq jenjalan main2 lagi… yey!

    • hahaha….betullah cucur….nasib baik ku tak sambung cucur pisang ke…cucur ikan bilis ke…yummeh…..mama dia of course happy bila tengok anak happy…aaminn atas doa Ma….moga Ma pun sihat selalu dan diberikan kelapangan waktu sama macam Ella walaupun bukan selalu…..hihihi (sendiri yang tak selalu sebenaunya)….

  2. I’m speechless… U r strong woman n supet duper mom. I salute u siti suhaila. Semoga Allah Taala memberikan kemudahan dlm apa jua urusan Sue….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s