Ahlan Wasahlan Ya Romadhan……

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman cerita Haziq……

Hari ni mama nak kongsikan sedikit perkembangan Super Haziq mama ni. Ramadhan baru sahaja sehari berlalu dan ianya sangat indah. Cuaca pun sedang elok saja, tak panas, tak sejuk sangat. Mudah-mudahan anak tipikal yang dua orang tu dapat meneruskan ibadah puasa dengan sempurna. Aiman Haziq? Dah pastinya tak perlu berpuasa….mahunya nanti menjerit bagai bila kelaparan. Semenjak dua menjak ni dah pandai mengamuk….lambat bagi susu, lewat bagi makan, menjerit aje kerjanya. Lepas tu, nak pujuk punyalah payah. Payah payah…..mama biarkan aje menangis sampai puas. Pandai pulak berhenti……tak ke pandai namanya bujang mama ni…….

Dua hari sebelum menyambut Ramadhan, kami anak beranak berkejar-kejaran, tapi bukan macam dalam filem hindustan atau macam lagu Amelina yang berkejar bermain hujan di bawah pokok pisang..bukan….bukan…..Kami berkejaran sebab……abah mama masuk hospital. Mau tak terkejut, hari Ahad baru balik dari kampung, Isnin pagi dapat panggilan ambulan datang ambil abah di rumah. Memikirkan sayang nak skip sesi stimulateraphy kerana perawatnya datang dari jauh (Klang), mama ambil keputusan bawa juga Haziq ke sesi terapi sebelah pagi. Lepas tu terus pecut ke kampung. Anak-anak lain mama cutikan sebab dengar khabar abah masuk kecemasan. Tengahari sampai, abah masih mamai-mamai…Petang dah sedar dan malam tu juga kami balik semula ke Pasir Gudang….

Dalam kereta Super Haziq mama dah merengek. Sentuh kepalanya, panas!!!Demam pulak…..Kaki tangan dah sejuk. Sampai rumah dah hampir tengah malam. Super ayah dah suruh bagi ubat tapi mama berkeras tak mahu. Kalau boleh nak ‘drug free”, tak mahu bagi ubat melainkan keadaan dah benar-benar memaksa. Mama basahkan kepalanya dan badannya, dan dalam tak sedar mama tertidur. Super Haziq pun tidur nyenyak aje….Sedar-sedar pagi, alhamdulillah…….suhu badannya sudah turun. Saja kan….selalu sangat macam ni, demam gurau-gurau manja, 2-3 jam dah baik tapi bila panas, mencanak-canak panasnya…….Jadi sesi stimula diteruskan juga sebanyak dua sesi, pagi dan petang. Tagline baru stimulateraphy…”It’s worth it to enjoy  the pain”. Sakit memang sakit, yang melihat pun tak sampai hati tetapi terpaksa ‘keringkan’ hati demi melihat anak ini berkembang.

Cerita Ramadhan pun bermula………………..

Semua orang mula berpuasa. Aiman Haziq pun ada di rumah, al-maklumlah Johor cuti menyambut kedatangan Ramadhan. Semalam sengaja mama masakkan bubur untuk Super Haziq tapi menu lauknya sangat simple.. Mama cuma masak bening (Jawa), crab stick bercampur kentang, ikan bilis, daun sup dan bawang besar. Apa yang mengejutkan, banyak pula Super Haziq makan. Rasa macam tak percaya pulak mama Super Haziq nak makan makanan yang simple macam tu. Sampaikan bila makan sesi petang, mama terpaksa tinggalkan sedikit makanan Haziq untuk Super Kakak yang asyik terliur dengan makanan Super Haziq. Al-maklumlah Super Kakak baru belajar berpuasa….terkebil-kebil tengok makanan Super Haziq sambil asyik bertanya waktu berbuka puasa lama lagi atau tidak..Cerita pasal Super Haziq, selepas tiga kali sesi stimula bulan ini, apa yang mama perasan…Super Haziq rajin melonjak-lonjakkan badan terutama ketika makan.

Sudahlah makannya berpangku, dia saja dengki mama dia kan….Satu sesi makan Super Haziq mengambil masa kira-kira setengah hingga sejam. Belum lagi melayan lonjakan badannya, berangan sambil makan….Kena layan dulu baru na makan…budak makin cerdik ni kan…..Badan pun dah boleh tahan berisi sejak diberi makan nasi biasa. Dah tak ada dah masak nasi istimewa. Tapi kadang-kadang pengasuh buatkan juga untuk bertukar-tukar tekstur makanan, nak buat hilangkan rindu. Paling best, mama akan selalu dapat perkhidmatan urut sebab sekarang ni kalau dukung Haziq, memang ‘muscle’ mudah stress.Tegang di sana sini sebab Super Haziq dah makin bam bam……Alhamdulillah!!!

Ramadhan pertama juga buat kali pertamanya  mama cuba aplikasikan teknik urutan stimulateraphy ke atas Super Haziq dengan harapan mama dapat membantu Haziq. Bukan tak pernah urut tapi urut-urut gitu-gitu jelah. Kali ni mama urut berdasarkan pemerhatian mama apabila perawat yang mesra dengan panggilan Mak Ija di kalangan anak-anak CP melakukan stimulateraphy terhadap Super Haziq. Mana-mana point yang mama  ingat jelah. Nak lebih-lebih pun tak pandai tapi bila dah mula mengurut, baru tahu bahawa ianya bukan mudah. Banyak lagi yang mama kena belajar. Sentuhan ibu tu kan mujarab. Berpeluh-peluh mama urut Super Haziq mama. Rasanya lebih setengah jam mama mengurut seluruh tubuh Super Haziq bam bam mama ni. Dari depan badan ke tangan, turun ke kaki, kemudian ke belakang badan, ke kaki dan ke bahagian muka. Dulu…..bahagian kepala atau muka memang tak boleh sentuh tapi sejak berstimula, bahagian itu pula menjadi peberetnya!!!!

Apa yang mama  rasakan menarik jugak dengan Super Haziq ialah dah pandai mintak diurut!!! Semalam kami berbuka di rumah sepupu. Lepas berbuka mama perasan Super Haziq merengek. Kenapa, pampers tak basah, susu baru sejam minum…angkat-angkat merengek. Letakkan merengek. Mama cuba tanyakan “nak urut ke?” tiba-tiba Super Haziq diam. Apa lagi…..mama tenyehlah kepala dan bahagian muka yang lain. Boleh siap sengih lagi sambil buat muka nak lelap gitu……..saja dia kan??….Mintak urut rupanya. Jadi mama cuba memasang azam….selepas ini setiap pagi sebelum ke rumah pengasuh, mama akan urut dulu satu badan. Ada bahagian-bahagian badan Super Haziq yang memerlukan kerja keras mama. Mama harap sangat azam mama sempena Ramadhan ni dapat dilaksanakan dengan jayanya…Boleh lihat juga emosi Haziq semakin tenang, tidurnya mudah, nyenyak….senyumnya murah, tawanya meledak bila diusik….semua itu membahagiakan…..

Lepas ni, rasalah pijitan tangan mama ye sayang. Bukan mama nak dera, Cuma bersikap sedikit kejam.Ingat!!! …”It’s worth it to enjoy the pain!!!!”. Semuanya untuk kebaikanmu ye sayang……Hanya tinggal 12 hari sahaja lagi Aiman Haziq akan menginjak usia lima tahun. Mohon doakan Super Aiman Haziq sihat, boleh duduk, dapat melihat, boleh memberikan respon yang baik, boleh membuka jari jemarinya…..oh banyak sangat yang dimintanya pula…..Semoga semua yang membaca coretan perkembangan Super Haziq mama akan sentiasa beroleh sejahtera di atas doa yang dititipkan untuk anak syurga ini.

wajah ceria 2 Ramadhan.....

wajah ceria 2 Ramadhan…..

2 thoughts on “Ahlan Wasahlan Ya Romadhan……

  1. life ni mmg penuh cabaran kan… semoga Allah akan terus berikan semangat kita terus berjuang di bumi Nya..
    anyway mcm bes jer dgr mama haziq urut.. cer try sikit kat mummy hafidz la plak.. thehehe.. mummy hafidz pun sengal2 tulang nih…

    • betul Ma….setiap saat yang kita lalui adalah pengalaman yang terisi dengan cabaran yang mngkin kita tak jangka. Massage is just one of the teraphy to release muscle cramp kan….memang best tapi kalau nak urut Mummy Hafidz….rasanya dua jam tak setel tu…..hihihihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s