Hadiah dari kakak….

Assalamalaikum dan salam sejahtera….

Pagi ini Aiman Haziq ada dua temujanji di hospital. Temujanji dengan pakar kanak-kanak dan pakar pertuturan untuk terapi rutin. Dalam pada menyiapkan keperluan Haziq, sempatlah menggatalkan tangan menaip di laman ceritahaziq. Awal juga Aiman Haziq bangun, seawal enam pagi dah celik mata sebab Super Kakak datang dengan suara gegak gempitanya seperti biasa dengan menghulurkan satu bungkusan hadiah. Seperti yang pernah diceritakan dalam blog http://www.tintajemari.blogspot.com bahawa anak perempuan saya ni kreatif orangnya. Pagi ini dihulurkan satu bungkusan hadiah sempena harijadi Haziq. Mama dia buatkan kek semalam tanpa apa-apa hadiah lain pun. Si kakak dengan idea kreatifnya pula….kreatiflah sangat hahahaha….

hadiah istimewa dari kakak.....

hadiah istimewa dari kakak…..

Tak perlu nak cerita banyaklah kan..dah tahu apa hadiahnya…Buku bacaan ‘Bacalah Anakku”. Itupun milik Super Abang waktu bersekolah tadika 3 tahun lepas. Bacalah Anakku, Read Easy dan Bacalah Jawi menjadi hadiah buat Aiman Haziq. Apa yang paling buat saya terharu ialah usaha Super Kakak untuk membacakan intipati buku tersebut di depan Haziq dengan ‘pitching’ yang berterabur dan tone yang tak berapa sedap didengar dek telinga saya. Haziq apatah lagi. Cuma saya dapat menyelami bahawa Aiman Haziq tahu Super Kakak sayang padanya, cuma tak suka bila dengar high note Super Kakak. Bingit!!!

Apa pun, terima kasih Super Kakak yang masih punya waktu untuk menyatakan kasih sayangnya buat seorang adik. Entah bila masa dibuatnya pun saya tak pasti. Malam semalam dialah yang tidur paling awal. Agaknya lepas bersahurlah tadi tu. Al-maklum masing-masing dah ada bilik sendiri, kejap-kejap tutup pintu sampai tak tahu apa yang dibuatnya dalam bilik masing-masing. Tak apa….lain kali kita pasang CCTV!!!Hehehe….Thanks Super Kakak!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s