Hand and leg gaiter dari Kg Berata….

Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua pengunjung laman ceritahaziq. Semoga kalian sihat semuanya dan menyambut syawal dalam kesederhanaan.

Syawal tahun ini, AIman Haziq sudahpun berusia lima tahun tapi masih lagi menjadi beg tangan mama. Bohong sangatlah kalau tidak terdetik sedikitpun di hati rasa cemburu tatkala melihat anak saudara sebaya Aiman Haziq semakin petah bercakap, berlari ke sana sini…oh dusta kalau tiada perasaan tersebut mencuit hati yang mudah rapuh ini…namun cepat-cepat mama sabarkan hati…berbicara pada diri agar menerima setiap ketentuanNya dengan redha. Mungkin belum tiba masanya untuk anak syurga ini berlari-lari sebagaimana anak-anak yang lain. Mungkin Allah mahu mama memberikan perhatian yang lebih untuk anak syurga ini…Astaghfirullah!!!Jauhkanlah rasa cemburu dalam hati ini Ya Allah. HambaMu ini sejujurnya lemah namun tidak menolak ketentuan yang telah Engkau aturkan buat kami kerana hambaMu ini yakin bahawa Kaulah sebaik-baik penentu setiap sesuatu……

Ok, cukuplah syahdu mahdu ni..raya-raya pun nak sedih-sedih…takmau…takmau….Raikan kemenangan, anugerah Syawal (bak kata Bunkface…..). Kali ini seperti biasa pagi raya di Tangkak, sebelah malam dah berada di bumi Segar Amat. Keesokannya Aiman Haziq tidak mendapat perhatian penuh dari mama kerana mama pindahkan tanggungjawab tersebut kepada Super Ayah. Kenapa? sudahlah saraf tengkuk mama masih belum baik betul, boleh pula perut meragam. Keluar masuk bilik air hinggakan lembik rasa tubuh mama ni. Jadi, hari raya kedua adalah hari lawatan bilik belakang untuk mama. Mujur Super Ayah yang prihatin telah membelikan sebotol 100 plus bagi meredakan gejolak perut mama…..

Hari raya ketiga barulah dapat nak berjalan ke rumah saudara….kalau nak cerita, panjang ceritanya jadi mama pendekkan! Malam raya ketiga mama ke rumah sahabat sekasut mama di Kg Berata. Kebetulan mereka buat BBQ, langkah kanan! Tujuan asal nak beraya sambil beli hand dan leg gaiter untuk Aiman Haziq. Apa kebendanya tu?

Ha ini dia……

DSC03098

leg gaiter dalam seluar, nampak sikit je

DSC03105

hand gaiter berwarna merah jambu….

DSC03110

budak mengelat ni

Apa fungsi hand dan leg gaiter ni?

Alat ini berfungsi untuk meluruskan lutut dan siku anak-anak CP yang cenderung membengkok. Hand gaiter sangat membantu untuk terapi anak-anak ini untuk duduk. Sekurang-kurangnya tidaklah mama asyik kena tegakkan tangan Aiman Haziq bila latihan duduk. Hand gaiter yang mengandungi besi alumunium ini dapat membantu untuk meluruskan siku dan menahan tangan daripada jatuh ketika posisi duduk. Cuma perlu betulkan kedudukan tapak tangan agar dapat menyentuh lantai dan menahan berat tubuh ketika duduk. Leg gaiter pula berfungsi untuk meluruskan lutut untuk latihan berdiri dan menguatkan otot kaki. Sesetengah anak CP menghadapi masalah tulang kaki atau lutut yang membengkok atau bersilang sama ada sewaktu tidur atau jaga. Leg gaiter ini dapat membantu untuk meluruskan lutut dan mengurangkan risiko ‘hip dislocate’.

Mula-mula Aiman Haziq memang agak tak selesa tetapi kelihatan leg gaiter ini lebih baik berbanding penggunaan ‘knee extension’ yang keras. Hand gaiter? Tak ada masalah nampaknya cuma bila vitamin 2M (Manja dan Malas) ni banyak sangat, asyik nak mengelat sahaja bila disuruh duduk….Ada saja akalnya untuk mengelak. Budak bijak!! Terima kasih pada mama Mummy Iki sebab sudi jahitkan leg dan hand gaiter ini untuk Aiman Haziq. Mudah-mudahan terus istiqomah dalam penggunaannya….

Sedikit wajah-wajah ceria Aiman Haziq dengan hand gaiter baru….

DSC03119

tahan….tahan……

DSC03117

                                                                       Bukan tak boleh…..BOLEH PUN!!!

DSC03121

                                                          Macam nak bertapa pun ada…………

Pulang ke kampung berhari raya

Budak-budak merebus ketupat

Rezeki mendapat hand dan leg gaiter

Teruskan latihan teruslah cepat!!!…

Selamat hari raya semua!!!!

Advertisements

2 thoughts on “Hand and leg gaiter dari Kg Berata….

    • Salam. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Haida dan keluarga. Hand gaiter ini saya perolehi dari seorang sahabat yang juga memiliki anak seperti Aiman Haziq. Dia berada di KL, boleh cuba hubungi beliau. Saya tak pasti stok hand gaiter ini masih ada atau pun tidak. Boleh hubungi Fazila a.k.a Mummy Rizki di talian 012-6290194.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s