Haziq dan duit raya………….

Assalamualaikum dan salam lebaran….

Aidilfitri menginjak ke hari ke-tujuh, sudah seminggu rupanya berhari raya dan sudah tiga hari berada di kediaman sendiri, oh rumahku syurgaku!!. seawal Selasa sudah menghantar Super Haziq ke rumah pengasuh, bimbang terlalu lama bercuti, buat perangai pula nanti. Tak mahu makan, asyik merengek….Sekarang kan dah makin cerdik, dah boleh cam siapa yang selalu pegang dan sebaliknya. Kalau tak biasa pegang, pasti Super Haziq akan merengek. Lain agaknya dengan tangan mama dan Super Ayah yang memegangnya. Pagi ini sebelum menghantar Super Haziq ke rumah pengasuh, mama sebenarnya sudah dapat menebak bahawa Super Haziq mama akan demam kerana sudah ada tanda-tanda awal yang ditunjukkan. Bangunnya lebih lewat, tak mahu minum susu dan badannya sudah sedikit dedar tapi mama cuba sedapkan hati.

Rupa-rupanya nyata jangkaan mama tepat. Super Haziq demam, pengasuh menelefon kira-kra jam 2.00 petang. Sebelum itu, mama mendapat panggilan dari seorang sahabat yang menyatakan Aiman Haziq dijemput untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin di Dewan Taman Cendana sebagai salah seorang penerima sumbangan hari raya. Berbelah bahagi jadinya. Mama berdoa agar Super Haziq akan sembuh cepat sebab lazimnya demamnya hanya sekitar 2-3 jam sahaja. Kali ini telahan mama menyimpang, Super Ayah mahu mama hadir sebagai wakil tetapi mama enggan. Mama mahu semuanya hadir,sekeluarga. Meskipun demam, mama bawa juga Super Haziq tetapi akhirnya terpaksa akur untuk tidak membawa Super Haziq keluar dari kereta kerana kondisinya yang tidak mengizinkan. Super Ayah patah balik hantar anak-anak ke rumah semula, sementelah mama berada di dewan sebagai wakil penerima. Mujurlah tak lama sangat……

Penuh dewan tersebut dengan penduduk yang berpusu-pusu mahu menatap wajah Menteri Besar Johor yang baru secara ‘in person’. Mujur jugalah sewaktu mama masih dalam tugas, sempat juga 2-3 kali berada berdekatan Menteri Besar yang pada ketika itu ialah Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam beberapa program institusi yang lain. Jadi tidaklah begitu ghairah atau teruja untuk bersalaman atau berdekatan dengan Menteri Besar ini. Walaubagaimanapun, tetap rasa bangga dan hormat dengan MB baru yang begitu rapat dengan rakyat di dalam kawasan Parlimennya pada penggal-penggal terdahulu.

Lebih kurang jam 8.45 malam Menteri Besar sampai disambut dengan bunga api yang berdentam dentum dan berwarna warni. Sambil-sambil tu sempat juga anak sahabat mencongak entah berapa ratus wang dibazirkan untuk bunga api tersebut. Mama hanya mampu tergelak. Selesai ucapan aluan dan ucaptama, sesi agihan sumbangan bermula. Acaranya sangat ringkas. Sumbangan untuk Super Haziq diterima dari Hjh Normala Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang dan dalam masa yang sama Menteri Besar juga menghulurkan sumbangan di meja-meja penerima sumbangan yang lain.

DSC02196

Sebenarnya mama yang rasa terharu sangat. Pertama, sebab sahabat yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Harmoni di sini berusaha untuk memastikan nama Super Haziq berada di dalam senarai penerima sumbangan hari raya. Inilah yang dinamakan rezeki yang tidak dijangka. Mama tak pernah terfikir Super Haziq akan berada di dalam mana-mana senarai penerima sumbangan kerana kalau nak diikutkan, biasanya penerima sumbangan dikategorikan sebagai orang yang kurang berkemampuan. Segan juga nak menerima sebab bila memikirkan tubuh yang sihat tampil sebagai penerima tetapi bila difikirkan semula, mama hanyalah wakil penerima untuk anak syurga yang memegang status OKU. Dapat jugalah dua sesi stimulateraphy dengan duit raya ni…hehehe…..Sebelum ini duit raya Super Haziq sudahpun mama gunakan untuk membeli hand dan leg gaiter untuk Super Haziq. Kali ini perlu disimpan untuk sesi stimulaterapi yang diharapkan akan turun ke Johor dalam tempoh terdekat….

Meskipun Super Haziq tidak dapat bersama-sama di dalam dewan, mama yakin Super Haziq juga terharu dengan perhatian pemimpin masyarakat secara tidak langsung kepadanya meskipun hanya di sudut pandang yang paling jauh. Lima tahun Super Haziq meminjam udara Pasir Gudang untuk bernafas, inilah kali pertama mama rasakan kehadirannya diperhatikan oleh orang luar. Masih ada yang sayang pada Super Haziq rupanya. Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi buat insan-insan yang telah memberikan ihsan buat Super Haziq. Tidak termampu mama hendak membalasnya……Apa yang mampu mama hadiahkan cuma doa agar Allah memberkati hidup sesiapa sahaja yang pernah memberikan ihsan untuk anak syurga mama, Aiman Haziq yang teristimewa!!!!

DSC02652

sayang kamu ketat-ketat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s