Bila Super Haziq demam….

Assalamalaikum dan salam lebaran…..

Entri terkini mama berkenaan Super Haziq dan duit raya kan? Pada hari entri tersebut ditulis, Super Haziq sudah mula menunjukkan signal demam. Suhu badannya naik berperingkat dan sehingga majlis tersebut pun Super Haziq masih lagi dalam kondisi yang tidak menyenangkan hati mama. Sehingga entri ini ditulis juga Super Haziq masih demam. Mama dimaklumkan pengasuh bahawa Super Haziq masih dedar badannya namun tidaklah panas sebagaimana hari pertama. Masuk hari ketiga hari ini demam Super Haziq mama ni. Panjang benar demamnya kali ini. Selalunya mungkin hanya demam gurau-gurau manja, 2-3 jam sudah kebah. Kali ini demamnya berpanjangan. Bagi kami ibu-ibu yang memiliki anak-anak syurga, detik-detik sebeginilah yang paling mencemaskan. Macam-macam perkara yang bermain di fikiran. Apa yang ada di hati usah dikiralah…..Macam-macam ada……..

Bila Super Haziq demam, rengeknya, manjanya lebih daripada biasa. Sementelah Super Haziq sudah mula tahu siapa yang berada di sekelilingnya. Tak mahu minum susu, diberikan air garam juga menolak, makan sekadar mengalas perutnya sahaja agar tidak kelaparan. Mama sedaya upaya tidak mahu memberikan sebarang ubatan (kalau boleh), kerana mahu mempraktikkan kaedah rawatan alternatif. Mama basahkan kepala Super Haziq, lencun! Mama tuam badannya dengan tuala merah, menggunakan teknik aura warna yang dicadangkan oleh Kak Ija yang mempraktikkan rawatan stimulateraphy. Namun, demam Super Haziq masih enggan kebah. Tak sampai empat jam, suhu badannya naik mendadak. Pada ketika ini, hanya satu yang cukup mama bimbangi….serangan Mr ‘S”!. Waktu anak-anak demam panas, serangan ‘s’ akan memberikan kesan yang panjang. Justeru inilah perkara yang paling ditakuti. Selepas semalam suhu badan Super Haziq masih tidak mahu turun, akhirnya mama mengambil keputusan untuk membawa Super Haziq ke klinik sebagai langkah seterusnya. Kadang-kadang kita kena fleksibel, kalau satu pintu tertutup…kita kena yakin bahawa banyak pintu lain yang masih terbuka. Super Ayah pun mengatakan mahu atau tidak, Super Haziq perlu makan antibiotik.

Mama bawa Super Haziq ke klinik Scientex, berjumpa Dr Salmah yang memang sudah lama kami kenal, sejak sebelum Dr Salmah mengambil keputusan untuk membuka kliniknya sendiri. Alhamdulillah, tiada masalah sampingan seperti batuk, selesema mahupun pneumonia, hanya demam. Super Haziq diberikan antibiotik dan ubat demam. Tiga hari demam, berat Super Haziq turun hampir 1/2kg! Kami yang melihat pun seakan tidak percaya. Sekali imbas, Super Haziq kelihatan semakin berisi namun beratnya tidak pernah melebihi 11kg!. Mungkin ada rahsia yang masih Allah sembunyikan daripada kami berkenaan anak syurga ini. Mungkin Allah tidak mahu membebankan kami dengan fizikal Super Haziq yang terlalu besar kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui tahap kekuatan dan kemampuan kami. Alhamdulillah, andai itu ketetapanMu Ya Robb!!

gambar lama

gambar lama

Kali ini bila Super Haziq demam, rengeknya meruntun hati mama. Mahu sentiasa ada dekat dalam pelukan. Belum sempat nak diletakkan sudah menangis. Kadang-kadang jadi bahan gurauan juga. Orang lain anak-anak lima tahun sudah berlari ke sana sini tapi Super Haziq masih lagi setia menjadi ‘handbag’ mama….Kadang-kadang mama juga terlupa usia Super Haziq sudah menginjak lima tahun. Kadang-kadang mama masih melayan Super Haziq seperti bayi sebab keadaannya begitu. Terlupa! Masih dipeluk-peluk, ditimang-timang, dibuai-buai……dicium macam geram bila jumpa baby….ha macam tulah…….Terlupa yang anak tu dah besar!!hehehe……..

Inilah dunia Super Haziq. Tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku. Teringat pada kata-kata Super Ayah yang mengulangi kata-kata mak saudara mama masa berkunjung ke rumahnya pada raya ketiga yang lalu. Sambil menunjuk ke dada Super Ayah…”Siwo tahu apa yang ada dalam ni…macam-macam ada, siwo faham”…Mungkin juga beliau faham tetapi belum tentu beliau mengerti sepenuhnya apa yang kami lalui. Begitu juga dengan insan yang memandang luaran kami takkan dapat menyelami apa yang ada di dalam benak dan hati kami. Cukuplah sekadar mendoakan agar kami terus diberikan kekuatan melalui ujian kecil ini kerana tak dapat dibandingkan dengan ujian yang lebih besar sedang dihadapi oleh orang lain di luar sana. Bersyukur kerana masih diberi peluang mencurah kasih kepada anak syurga ini. Bersyukur kerana masih dikurniakan kudrat untuk terus menunaikan amanah yang tergalas di bahu. Bersyukur kerana dikurniakan pasangan yang sama-sama dapat bahu membahu sejak kelahiran ahli syurga dalam keluarga kecil mama. Bersyukur kerana masih punya sahabat dan rakan taulan yang sentiasa memberikan sokongan buat mama yang kadangkala rapuh. Bersyukur kerana ada Dia yang menjadi tempat mengadu, menjadi tempat bergantung harap dan menjadi tempat untuk menyerah diri…..

Sembuhlah kamu duhai permata hati. Mama rindukan senyuman dan gelak tawamu. Mama rindukan renungan matamu tepat ke wajah mama. Sembuhlah kamu dan teruslah menyinari dunia kami…………Sayang kamu ketat-ketat!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s