Ada apa dengan BVSM?

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan ke-56 untuk semua rakyat Malaysia terutama yang sedang membaca coretan di laman ceritahaziq ini. Negaraku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku! Lama juga mama tak kemaskinikan entri dalam laman Haziq sejak Haziq pulih sepenuhnya daripada demam raya yang panjang. Demam raya ke? Tak mama rasa…..ini demam betul-betul…bukan main-main….Mau tak risau bila demam lebih seminggu? Tidur dah pastilah tak nyenyak, bukan Super Haziq saja, mama dan Super Ayah pun sama. Rasa hidup huru hara sekejap. Astaghfirullah!!! Baru seminggu lebih dah terasa huru hara. Yelah….Super Haziq dah lama tak demam berpanjangan. Bila demam panjang, mau tidaknya kami yang rasa tak tentu arah. Tuan punya badan usah ditanya sebab dia memang belum pandai nak menjawab….

Tiga empat hari kebelakangan ini mama dah rasa merdeka awal sebab Super Haziq dah ok. Muka pun dah makin ceria, sudah mahu makan dan minum.Alhamdulillah! Cuma bila tidur, tersentak-sentak dan menangis kejang badan yang masih ada. Risau tetap bertandang. Kebetulan mama terlihat satu post difacebook tentang kebaikan penggunaan BVSM yang digunakan oleh sahabat sekasut Super Haziq. Tergerak pula nak mencuba untuk lihat perkembangan pada Haziq. Terima kasihlah pada Super Mum Siti Soleha yang menjentik rasa untuk mencuba apabila melihat kesan pada Super Irfan. Lebih teruja bila mama terpandang satu post berkenaan anak yang lumpuh saraf, didiagnos tidak akan dapat berjalan oleh pasukan perubatan, turut menggunakan BVSM dan dalam tempoh beberapa bulan dengan izin Allah, anak ini mampu berjalan! Segalanya dengan izin Allah! BVSM sebagai asbab sahaja ye…..

Apa pula BVSM tu? Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang tak pernah dengar kan.  Mama dah pernah dengar tapi bila tengok harganya yang membuatkan mama tertelan air liur berkali-kali, banyak kali jugalah berfikir nak membelinya. Super Ayah tahu, kalau kerana Super Haziq, mama akan sanggup berkorban tanpa berfikir soal ringgit semata-mata nak lihat perkembangan dan perubahan Super Haziq. Berfikir dan berfikir, juling-julingkan mata dulu, belek-belek tabung ayam, tabung manggis, tabung apa yang yang boleh nak dipecah. Al-maklumlah, mama bukan orang BER’uang”’….beruang iya…hahaha…Mujurlah tabung haji tu tak boleh nak pecah….Setelah mama timbang kati, kilo dan sebagainya,mama ambil keputusan untuk mencubanya demi Super Haziq. Puaslah korek sana sini nak mendapatkan dapat beli BVSM tu sebab banyak budget sudah lari ke kuda tunggangan kesayangan yang minta dibelai. Biasalah, barang dah pakai lama mesti nak kena ‘maintain’ kan. Bila dah merajuk, sakit jugalah tuan punya badan…..

Ok, lupakan soal kuda tunggangan. Balik ke cerita asal mengenai BVSM atau nama penuhnya Bio-Velocity Sleep Mate. Sahabat mama gelar selimut ajaib, mama gelar selimut putih….hihihihihi…Putih bukan sebarang putih, anti bakteria, anti hama, diperkuat dengan cahaya matahari Dhuha dan garam laut dalam. Fungsinya sebagai sleepmate bersaiz permaisuri dan sangat sesuai dijadikan selimut, ringan dan boleh diusung ke mana-mana kerana ringan. Bagaimana penggunaannya kepada Super Haziq? Sebenarnya bukan Super Haziq menjadi pengguna pertama, sebaliknya mama! Masa mama beli tu, Super Haziq masih di rumah pengasuh, jadi mama gunakan waktu tidur sebentar atau take a nap (bak kata Super Kakak). Bila selimut sahaja atas badan, perubahan pertama yang mama rasakan ialah rasa macam semut berjalan satu badan. Pelik juga tapi mama biarkan sahaja. Dapat tidur setengah jam sebab memang nak cuba dalam masa tersebut dan minta Super Ayah kejutkan bila cukup sahaja 30 minit. Apa yang mama rasakan, tidur tersebut rasa sangat puas. Oh ya..satu lagi, sebelum mama tertidur, asyik sendawa sahaja….Bila bangun tidur, badan rasa ringan.

Kemudian baru mama cuba kepada Super Haziq sebagai sasaran BVSM. Beli pun untuk Super Haziq kan…mana boleh mama gila kuasa. Kali pertama letakkan atas badan Super Haziq, dia terkebil-kebil. Hmmm..biasanya kalau belum nyenyak dan ada selimut atas badan, jawabnya memang tak lamalah selimut tu akan entah ke mana-mana sebab Super Haziq akan berusaha tolak selimut tersebut. Tak selesa agaknya. Tapi bila letak BVSM, tak ada usaha menolak, sebaliknya terkebil-kebil. Selepas sejam, Super Haziq berpeluh-peluh, basah kepala! Yang anehnya, dia tak pernah begitu dalam pendingin hawa. Super Haziq tak meragam dan akhirnya terlena. Mama pun ambil peluang dua kaki dan tangan menyelinap dalam BVSM sebab katil itu kami yang punya!!!Mama jangan cerita…nyenyak sampai ke subuh! Super Ayah bagitau Haziq ada juga tersentak-sentak tapi tak menangis macam selalu. Haruslah mama tak sedar! Encik S? Memang tak nampaklah dan Super Haziq macam lebih tenang emosinya bila diselimutkan dengan BVSM ni. Kuat minum susu seba BVSM merangsang metabolisme dan membuatkan pengguna automatik berasa haus dan menggalakkan minum air. Kalau tidak payah benar nak suruh minum air.

DSC02206

masa ni terkebil-kebil…

DSC02218

tidur nyenyak…

DSC02212

emosi pun makn tenang

DSC02216

Inilah rahsianya…..

Untuk mama, esok paginya bila bangun, rasa lebih bertenaga SEPANJANG HARI! SEPANJANG HARI okey……Nak solat subuh pun badan tak ada rasa sakit-sakit. Mama ni pulak jenis muscle yang jenis cepat stress. Alhamdulillah, hanya lebih kurang 5 hari pemakaiannya, badan rasa segar sentiasa. Tak ada mengadu bahu lenguh, betis sakit,kaki sakit dan paling penting…….PROSES PEMBUANGAN AIR SANGAT LANCAR! Kalau yang satu ini tak beroperasi dengan baik, masa nilah sakit kepala, emosi tak stabil….habis macam mana nak jaga anak syurga kan? Mama menumpang aje kebaikan yang Super Haziq dapat. Mudah-mudahan terus ada perubahan yang baik pada Super Haziq. Apa pun peralatan, perubatan, terapi yang kita usahakan bukannya boleh dapat lihat kesannya serta merta. TAWAKKAL, itu penting selepas usaha kerana keputusannya bukan di tangan kita. Semuanya pada Dia Yang maha Penyembuh!

Mama cubakan juga pada datuk Super Haziq yang mengalami masalah vertigo kerana kencing manis. Vertigo merupakan masalah mengawal keseimbangan badan berpunca daripada masalah dibahagian telinga. Jalan pun terhuyung hayang. Bila dah guna, reaksi pertama berpeluh-peluh dan kemudian badannya nampak sedikit segar berbanding sebelum penggunaannya. Alhamdulillah!!!! Super Haziq dapat manfaat, begitu juga mama dan Super Atuk dengan penggunaan BVSM….Kalau berminat mahu mencuba untuk pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, gout, buah pinggang, masalah saraf, kencing manis dan sebagainya…saya bersedia berkongsi manfaatnya demi KESIHATAN yang tidak mampu dijual beli!

Apa yang penting, Super Haziq mesti sihat, mesti terus berjuang kerana PERJUANGAN MAMA MASIH BELUM SELESAI!!!!!!……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s