Selepas tiga bulan….

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang mungkin tertunggu-tunggu perkembangan terbaru anak syurga mama ni…mama mesti coretkan perkembangan ini sebagaimana mama coretkan perkembangan yang lepas supaya mama tidak terlepas momen-momen penting dalam perjalanan hidupmu sayang tak kira sama ada ianya baik atau sebaliknya.

Hari ini Allah menguji mama lagi sayang dengan kondisimu yang benar-benar mencemaskan…membuatkan mama panik tidak seperti selalunya.Kenapa? Selepas tiga bulan…mama melihat lagi serangan sawan yang bertandang.Mama ingat tarikh pertama kali mama mencuba kaedah urutan stimulaterapi buatmu..pada 6 Jun yang lalu.Kalau dihitung dari tarikh itu, sudah lebih tiga bulan mama tak melihat serangan sawan yang sentiasa mendebarkan..mama hanya melihat sentakan waktu tidurmu namun tidak membawa kepada serangan sawan.Itupun mama sudah tidak lihat sejak mama pakaikan BVSM yang nampaknya serasi denganmu dengan izin Allah.

Mama sangat gembira dengan perkembangan baik yang dapat mama lihat.Mama mana yang tidak gembira..mama mana yang tak bersyukur…mama mana yang tak senang hati.Namun hari ini hati mama dijentik…perasaan mama tak dapat digambarkan.Sebotol susu habis diminum.Seperti biasanya mama akan sendawakan tetapi tiba-tiba serangan sawan menjengah.Anak syurga mama ni menahan nafas dalam tak sedar…biru seluruh muka.Mama panik…puas dicium…diusap…lidah jadi pendek…mama urut-urut mukamu….akhirnya tersedar dan mengeluh kepenatan.Mama peluk erat tubuhmu tanpa bicara.Mama lihat muncul bintik-bintik merah kecil di muka dan lehermu tanda salur darah yang pecah akibat menahan nafas.Mama tidak mampu menangis…mama hanya mampu memeluk erat tubuhmu dan menciummu sepuas hati mama…

Tiada lain yang mama fikirkan ketika itu.Seandainya Dia mahu mengambilmu waktu itu…jujurnya mama belum bersedia melepaskanmu.Mama masih belum puas mendakapmu…mama masih belum puas mencium wangi tubuhmu…mama belum puas menyentuh mulus pipimu…mama masih merindukan senyum dan tawamu…mama masih mendambakan panggilan mama dari mulut mungilmu…mama masih mahukan kamu di sisi mama.Masih belum puas membelaimu sayang….Memang mama sudah mula belajar menerima apa sahaja kemungkinan tatkala mama menerima hakikat mama punya burung hijau yang dipinjamkan dari syurga ini…namun hakikatnya….jauh di sudut hati mama ni bahawa mama masih belum puas mencurah kasih padamu sayang….

Allahurabbi….hebat ujianMu hari ini buat mama sayang…moga mama terus diberikan kekuatan menghadapi segala kemungkinan.Teruslah bertahan wahai sang penghuni syurga….andai waktunya tiba…mama pasti Dia lebih menyayangimu dan sebelum detik itu tiba…izinkan mama mencurah kasih …sayang dan cinta sehingga tiada rasa sedih dan kesal di kemudian hari…kamulah penguat mama sayang….kamulah semangat mama sayang…izinkan mama mencurah bakti buatmu wahai anugerah dari syurga…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s