Khabar gembira dari Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Salam sejahtera..salam sayang buat semua pengunjung laman cerita Haziq. Sepatutnya balik dari KL hari tu cadangnya mahu terus mencoret sesuatu dalam laman Haziq ni tetapi tertangguh kerana mama perlu fokus untuk persiapan pembentangan pada 13 November lepas. Kalau ikutkan hati, mama tak mahu bawa Super Haziq ke Kuala Lumpur pada 12 November, sehari sebelum pembentangan mama memandangkan sudah pastinya mama akan ke’capekan’ apabila sampai ke Pasir Gudang semula. Telahan mama tepat sekali. Terasa perjalanan kali ini sungguh memenatkan namun sangat berbaloi dan memuaskan hati mama. Ceritanya begini…

Mama dapat panggilan telefon daripada Dr Tan dari klinik genetik/metabolik yang meminta mama hadir ke Klinik Genetik HKL pada tarikh 12 November tanpa diberitahu sebab mengapa perlu hadir. Telahan mama doktor mahu memberikan keputusan ujian darah/DNA yang pernah diberitahu oleh Dr Tan satu masa dulu. Ujian tersebut memakan masa bertahun-tahun untuk keputusannya diterima. Bila mama congak-congak dan hitung-hitung, benarlah agaknya sebab kali terakhir kami ke klinik genetik ialah pada tahun 2010. Wajarlah kalau kami dipanggil untuk mengetahui keputusan tersebut. Beberapa hari sebelum temujanji, mama dapat pula panggilan dari fakulti yang memberikan tarikh 13 November untuk mama membentangkan cadangan kertas kajian untuk pengajian yang sedang mama ikuti. Aduh…..macam mana ni? Mama mula berfikir-fikir…sudahlah nak mendapatkan tarikh pembentangan atau proposal defend itu sukar memandangkan perlu sesuai dengan keberadaan panel-panel di fakulti, bila dah dapat takkan mahu ditolak? Lagi pun mama dah terlepas waktu sepatutnya defend proposal tersebut. Jadi mama mengambil keputusan untuk tidak melepaskan kedua-duanya. Mama perlu bawa Super Haziq ke HKL dan keesokannya mama perlu berjuang untuk kejayaan mama dalam pengajian. Mama hanya bermohon agar diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Seperti biasa kami memang suka jadi chipsmore..kejap ada..kejap tak ada. Perjalanan ke HKL selama 5 jam mama manfaatkan sepenuhnya untuk tidur. recharge tenaga kononnya tapi…tak ada maknanya…sampai di HKL jam 7.00 pagi kami terus ke Unit Kaji Saraf, penempatan sementara klinik genetik. Dulunya klinik ni diletakkan di bawah Institut Pediatrik. Mama pun tak bertanyakan mengapa lokasi klinik dipindahkan. Halangan utama? Tempat letak kenderaan. Super Ayah seperti biasa terpaksa parking jauh dan berjalan kaki ke klinik. Mujurlah bawa putera dan puteri yang telah di’ponteng’kan sekolah untuk membantu meringankan urusan mama. Boleh tolong bawa bakul dan beg sementara mama menyorong kerusi roda Super Haziq. Ui..tempatnya scary the movie. Rupanya kami antara yang terawal datang. Alhamdulillah, pukul 10.00 dah dapat masuk bilik jumpa doktor.

Mujurlah kali ini kami bertemu doktor yang tidak bertanyakan sejarah hidup Aiman Haziq sebagaimana sering dilakukan oleh doktor-doktor yang menerima kes sebagai kes baru, walaupun doktor tersebut baru pertama kali ditemui. Doktor memberikan keputusan ujian kromosom kali kedua mama. Oooo….bukan ujian DNA, sebaliknya ujian kromosom secara lebih detil. Ujian pertma secara kasar beberapa tahun dulu menunjukkan terdapat masalah juga pada kromosom mama dan pasukan perubatan beranggapan masalah kromosom Super Haziq berpunca daripada mama. Mama telah menerima hakikat tersebut bahawa benarlah ini berpunca daripada genetik. Walau bagaimanapun, penjelasan terkini Dr.Aisyah membuatkan mama memanjat syukur yang tidak terhingga. Ujian kromosom secara terperinci menunjukkan sebenarnya tiada masalah dengan kromosom mama dan ayah. Mereka mengakui kesilapan tersebut sebagai kesilapan teknikal. Mula-mula tu rasa ralat juga tapi mama cepat-cepat sabarkan hati. Mereka juga manusia yang lemah, pasti pernah berbuat silap. Mereka bukan maqsum tetapi mereka berani mengakui kesilapan pihak mereka. So mama lapangkan hati..hilang rasa marah dan sebagainya.

Kali ini sekali lagi darah Super Haziq, mama dan ayah diambil untuk pengesahan kali kedua dengan harapan tidak berlaku sebarang kesilapan teknikal lagi. Adududududu bila dah lama tak ambil darah…..rela terpaksa…terpaksa rela! Mama berdoa agar keputusan yang akan diterima selepas ini turut memberikan khabar gembira. Meskipun tahu Super Haziq mempunyai masalah kromosom, namun ianya bukanlah diwarisi, sebaliknya memang Allah tentukan ujian itu untuk dirinya dan kami serta insan-insan di dalam lingkungannya. La Tahzan….lega…mama anggap ianya satu khabar gembira. Mama berdoa agar khabar gembira ini akan disusuli dengan khabar-khabar yang lebih baik selepas itu….Kami pulang dengan hati yang berbunga riang. Meskipun penat tubuh tak mampu ditahan, mujur BVSM setia menemani sepanjang perjalanan dan sepanjang tidur di waktu malam agar esoknya kembali cergas untuk berjuang di medan perang…..

Khabar gembira dari Kuala Lumpur ini menjadi titik mula khabar-khabar gembira yang membuatkan mama bersyukur dengan hadiah Allah ini. Sungguh!!Dia telah mengatur yang terbaik untuk hambanya. Kita hanya mampu merancang namun penentu yang terbaik setiap perancangan kita berakhir dengan sempurna sesuai perancangan kita atau sebaliknya hanya DIA! Allahu Akbar!! Allahu Akbar! Allahu Akbar Walillaaa…Hilhamd!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s