Dr Mohana dan botox….hmmm…hmmm….

Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang buat semua pengunjung laman ceritahaziq….

Apa khabar semua? Musim-musim hujan macam ni kena jaga kesihatan betul-betul. Alhamdulillah setakat ini Aiman Haziq sihat, cuma sesekali tu ada juga demam-demam manja. Demam sekejap..kebah…alhamdulillah. Mama pula nampaknya yang sedikit tewas dengan ujian cuaca ini. Selesema, sakit kepala berdenyut-denyut, migrain..kaki dan tangan sering kesejukan yang melampau namun Alhamdulillah jugalah kerana mendapat bantuan daripada item-item kesihatan yang sentiasa di’standby’ di rumah, dengan izin Allah. Aiman Haziq setakat ini masih setia dengan transfer factornya yang benar-benar membantu menguatkan imunisasi tubuhnya dan selimut BVSMnya yang menjaga dan memastikan kehangatan tubuhnya pabila malam menjelang, alhamdulillah…

Oklah, cukuplah pengenalan tentang kesihatan dan cuaca. Sebenarnya entri kali ini mama ingin berkongsi cerita tentang usulan prosedur botox yang perlu dilakukan ke atas Super Haziq mama ni. Sebelum hari raya haji tahun ini pakar rehab di HSI, Dr Mohana Vale memberikan saranan agar kaki Super Haziq disuntik dengan suntikan botox untuk kali kedua. Mama hanya mampu tersengih macam kerang busuk waktu itu sebab sebolehnya mahu menolak usul itu. Dr Mohana berikan kami masa untuk berfikir dan menerangkan kebaikan botox sekali lagi. Namun,….hmmm….mama kan…..

Baik….masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Hari pertemuan di HSI untuk kesekian kalinya. Super Haziq mama ni nampak begitu happy nak ke hospital. Melonjak-lonjakkan badan bila dipegang…

Punyalah excited....

Punyalah excited….

Pertemuan dengan pakar rehab berlangsung sekali lagi dua minggu yang sudah. Kali ini kami semua ke HSI memandangkan anak-anak tipikal juga sudah mula bercuti sekolah. Mama hanya mampu berdoa agar saranan botox tersebut tidak disuarakan. Kali ini sampai sahaja, urusan yang perlu dilakukan ialah x-tray untuk melihat kedudukan tulang belakang dan tulang punggung sama ada berlaku scoliosis (bengkok tulang belakang) ataupun hipdislocated (kedudukan tulang punggung yang tidak berada di tempatnya). Punyalah ramai yang menunggu untuk di x-tray hinggakan tiada tempat duduk. Super Haziq dah mula merengek apabila waktu minumnya tiba. Terpaksalah duduk di atas lantai…dengan muka selamba sambil suakan susu. Tiada pulalah yang menawarkan kerusi untuk duduk pada ketika itu…uhuk3…..Mujur sangat Super Haziq seakan mengerti detak hati mama dan tidak meragam..alhamdulillah! baik sahaja perwatakannya hari itu…mudah untuk minum, boleh tersenyum dan tergelak yang akhirnya menggamit seorang dua keluarga pesakit lain datang menghampiri dan berkenal mesra. Mula-mula semuanya pandang dari jauh, macam takut-takut sahaja nak dekat tetapi bila melihatkan Super Haziq tersenyum…tak boleh tahan agaknya, terus mendekati, mengusap dan membelai kepala Super Haziq.”Putih macam cina”, kata mereka. Mama hanya tersenyum dan mengiayakan kerana Super Haziq memang ada darah Cina juga sebab Arwah Nannynya kami percaya berketurunan Cina juga.

Usai urusan x-tray, kami bertemu pakar rehab seperti biasa.Proses menunggu lagi…eh..terjumpa rakan sekasut Super Haziq!!

20131126_121835

Haziq dan Puteri Nur Iman Qasrina atau Baby Q…eleh buat-buat tak kenal pulak diorang ni….

Cuak jugalah tapi alhamdulillah, keputusan x-tray agak memberangsangkan. Tiada perubahan ketara tentang tulang belakang Super Haziq dan masalah hipdislocated yang dialami Super Haziq hanya 9%. Walaupun hanya 9 peratus, mama perlu juga lakukan sesuatu.Risau juga kalau keadaan semakin buruk suatu hari nanti. Dr Mohana seperti biasa tersenyum bila melihat mama. Beliau katakan mama seorang “motivated mother”.Entahlah, dari sudut pandang mana dan bagaimana, mama tak pasti. Apa yang pasti apabila saranan untuk lakukan suntikan botox keluar daripada mulut Dr Mohana, mama seperti biasa akan mempamerkan senyum kerang busuk. Kali ini soalan mama..”Kalau taknak boleh?”sambil tetap tersenyum. Mama katakan mama sedang usahakan rawatan alternatif dan kalau boleh mama tak mahu any steroid dalam badan Super Haziq mama. Mama tahu botox akan melumpuhkan sementara saraf dengan tujuan melembutkan otot supaya mudah aktiviti regangan/terapi dapat dilakukan secara intensif tetapi sampai bila? Mama mahu saraf Aiman Haziq dirangsang secara natural, tanpa sebarang paksaan. Tak mahulah rela terpaksa, nanti “kau terpaksa, kudipaksa”….tidak..tidak dan jawapannya tetap TIDAK…..

Mama sangat respect dengan Dr Mohana. Tiada bising-bising bila mama menolak melakukan botox kerana kenyataan beliau sebenarnya sangat mengujakan mama untuk pertemuan kali ini. “Haziq has a big potential to develop more!!”. Spasticitynya sudah kurang, otot-ototnya semakin lembut, leher semakin kuat dan kaki juga sudah mula kuat menendang, cuma fokus pada pinggang dan kaki supaya Super Haziq mama dapat berdiri satu hari nanti. Beliau juga sangat memotivasikan mama dengan apa usaha yang mama lakukan. Tidak menolak rawatan alternatif secara total dan memberikan beberapa saranan yang mula mama pertimbangkan, insyaAllah. Mudah-mudahan usaha mama beberapa hari lagi untuk memulakan rawatan terapi alternatif akan memberikan perkembangan yang positif kerana sejak mama mulakan terapi tersebut Jun lalu…paling ketara ialah serangan sawan yang sangat berkurangan!!Enam bulan berlalu dan Super Haziq diserang sawan hanya dua kali!!!Syukur padaMu Ya Rohmaan…Ya Rohiim yang memberikan ehsanMu untuk anak syurga mama ini. Kalau dulu mama berhadapan dengan serangan sawan hampir setiap hari…meskipun mama masih bimbang serangan sawan boleh berlaku bila-bila masa, sekurang-kurangnya hati mama sedikit lega. Mama sudah tidak mampu membayangkan betapa banyak saraf otak yang rosak setiap kali serangan sawan berlaku. Alhamdulillah!!Moga-moga perkembangan baik ini terus memacu kepada perkembangan-perkembangan lain yang lebih positif. Apa-apa pun…buat masa ini….SAY NO TO BOTOX!!!!!!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s