Cerita Alam Impian: Bersyukur (Siri 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Masih menanti perkembangan Super Haziq? Terima kasih kerana masih sudi menjenguk laman ceritahaziq yang tak seadanya ini. Entri kali ini mama akan kongsikan tentang rutin biasa Super Haziq di Alam Impian.  Namun sebelum itu mama ingin kongsikan cerita tentang ‘Bibik’….pengasuh kepada salah seorang anak syurga yang turut mendapatkan rawatan di sini. Betapa Bibik itu seorang yang sabar dengan kaedah penjagaan anak syurga, betapa jauh merantau dari Acheh hingga Ke Dubai dan kemudiannya ke Malaysia demi sesuap nasi. Bibik ini berusia dalam lingkungan 50an, masih sihat, menjadi janda dalam usia 35 tahun setelah pemergian suaminya. Membesarkan lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan. Sungguh mencabar. Terkesan dengan tsunami yang melanda Acheh, Bibik menyatakan golongan janda di sana tidak di bantu oleh pemerintah malah tetangga menganggap mereka sebagai pengganggu rumahtangga orang lain. Anak-anaknya menjadi yatim namun tidak mendapat perhatian. Gigih membesarkan anak-anak dengan bekerja di warung nasi sehingga akhirnya anak-anak berjaya ke universiti dan mendapatkan pekerjaan yang baik.

Bibik menggendong Muhammad Iyad

Bibik menggendong Muhammad Iyad

Hanya tinggal anak bongsunya yang masih bersekolah tinggi di Acheh. Bagi memenuhi kepuasan diri, anak-anak ditinggalkan di negara tercinta dan ingin melihat dunia luar. Bukan kerana mengabaikan tangungjawab tetapi anak-anaknya sudah ‘bisa mandiri’, punya pekerjaan tetap, jadi fokus lebih kepada diri sendiri dan mendapatkan kepuasan setelah melakukan pengorbanan yang besar. Enam tahun di Dubai, Bibik pulang ke Acheh dan dapatlah memperbaiki kerosakan rumah yang terkesan akibat tsunami. Tidaklah anak-anak yang ditinggalkan kelaparan kerana setiap bulan separuh gaji yang diterima akan dihantar pulang ke Acheh untuk keperluan anak-anak. Mujur tiga orang anak perempuannya sudah berkahwin dan dapat mengambil berat tentang anak-anak lelakinya yang meningkat remaja. Adik beradik sendiri yang diharap dapat membantu melihat keperluan anak-anaknya juga memandang sepi dan mama terkesan dengan cerita Bibik. Betapa kita harus bersyukur tidak perlu mencari rezeki sebegitu jauh untuk memenuhi keperluan dan kehendak kehidupan. Berehat dua bulan, kini berada di Malaysia dan akan berada di sini selama empat tahun. Berjuta batu jaunya mencari rezeki. Bersyukur sebab bila dilihat dan dihitung, kehidupan kita sebenarnya lebih baik, lebih senang kalau dibandingkan dengan orang lain…apa-apapun,…BERSYUKUR!!!!

Sabarnya Bibik ini sentiasa berada di sisi anak asuhannya. Kadangkala nak ke tandas atau untuk makan pun tertangguh kerana bimbang anak asuhannya diserang sawan. Teringat waktu mama melalui fasa yang sama ketika Super Haziq diserang sawan setiap hari dahulu. Melihat Ummi Muhammad yang panik setiap kali Muhammad diserang sawan, mama juga pernah panik walaupun sudah setiap hari melihat keadaan yang sama dan alhamdulillah sekarang sudah sangat jarang Super Haziq mama diserang sawan. . Menangis hingga hilang suara dan muka menjadi biru akibat kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa isi hati kami tatkala anak-anak ini menahan sakitnya serangan sawan tersebut. Allahurobbi….tak tahan rasanya…..Merasalah juga mama memangku Muhammad dan merasalah juga Muhammad berasa tenang dalam dakapan mama. Anak kecil yang mengalami microcephaly ini baru berusia 11 bulan tetapi sudah kuat lehernya, alhamdulillah selepas hampir sebulan menjalani rawatan secara intensif. Kakinya yang bersilang sewaktu datang juga sudah lembut dan tidak lagi bersilang. Alhamdulillah…seronok mama mendengarnya. Terasa rindu akan anak ini tiba-tiba….

Bercerita tentang rutin rawatan Super Haziq, seperti yang pernah mama kongsikan, setiap hari Super Haziq perlu melalui tiga sesi urutan namun tidaklah tetap masanya. Bergantung kepada kelapangan mama, ikut giliran…kalau ramai ‘out patient’ yang datang, resident kenalah lepak-lepak dulu sebab kami memang tak ke mana. Lazimnya sekali sesi pagi, sekali petang dan malam. Seperti biasa Super Haziq akan merasai nikmatnya sakit kerana tak ada pilihan dah…nak baik memanglah kena sakit sikit. Kalau kita yang biasa pun kalau sakit kena makan ubat kan? Ubat lazimnya pahit tapi sebab nak baik kita telan jugak….Begitulah juga dengan apa yang perlu dilalui oleh Super Haziq. setiap kali akan menjerit tapi mama hanya memandang dari ekor mata. Mama brutal…bukan tolong pun….tolong tengok aje…Nak keluar pun bukanlah mahir sangat walaupun ada bantuan GPS. Walaupun line internet sangatlah ‘sedeeehhhhh” tapi taklah rasa terseksa. Seronok juga tanpa gangguan telefon sebab line pun tak cantik sangat. Rasa macam bercuti pulak….hihihi..dating dengan Aiman Haziq berdua. Berdua kan lebih baik….hihihi.

Hari kedua kami di sini, ramailah juga anak-anak syurga yang berada dalam senarai kenalan di FB dapat bertemu secara ‘live’. Bertemu anak kecil “Saad’…anakanda kepada Kausar juga sangat mengujakan. Kali pertama memegang tangan anak kecil itu, dia menggenggam tangan mama! Sayang mama terlupa memotret kenangan bersama Saad. Rupa-rupanya mama pernah hadiahkan Saad dengan corner chair yang dihadiahkan seorang kawan (Benz Tan) beberapa tahun sudah…mama sendiri terlupa. Kemudian bertemu Ummi Amni yang datang dari Manjung. Kali terakhir kami bertemu di Shah Alam tahun lepas, alhamdulillah ada rezeki bertemu lagi kali ini dan sudahpun pulang ke Manjung. Pesakit bersilih ganti namun Super Haziq masih berada di sini….

Bersama keluarga Amni dan Mak Ija...

Bersama keluarga Amni dan Mak Ija…

Dalam pada berada di Alam Impian, mama sempat juga bertemu bekas pelajar mama Eylin Eiwana yang sudah pun beranak tiga. Diam tak diam dah ramai anak saudara mama…..comel-comel…bertemu sebab mama sharekan berkenaan BVSMlah..sambil-sambil. Mudah-mudahan dapat membantu ayah Eylin yang sudah hampir lima bulan diserang stroke. Mudah-mudahan pakcik Syawalludin mendapat manfaat penggunaan BVSM….amiinn…

bersama bekas pelajar, Ely...

bersama bekas pelajar, Ely…

Ok sambung story….Bimbang mama terlupakan perkembangan yang berlaku, mama coretkan dalam lamanhaziq terus. Mama perasan ada beberapa perkembangan tentang Super Haziq selepas empat hari rawatan. Pertamanya, suatu ketika ketika Super Haziq meniarap, mama perasan Super Haziq mengangkat tinggi punggungnya, membalikkan badan dan terlentang! Pertama kali! Kedua…mama perasan mata Super Haziq yang tak fokus dan sentiasa bergerak ke kiri kanan sudah kurang geraknya dan lebih fokus. Super Haziq mula mengejip-ngejipkan mata apabila terkena cahaya seperti mahu menyesuaikan matanya dengan jumlah cahaya yang diterima. Alhamdulillah!! Ketiga selepas empat hari…mama rasa mama dah tak kuat nak angkat Super Haziq……adakah kerana Super Haziq semakin naik badannya atau kudrat mama yang makin menurun? Oh tidaklah dapat dipastikan lagi…..Apa yang penting, alhamdulillah tidak meragam, makan seperti biasa, sudah boleh minum air putih separuh cawan!!Kupaksa!! Minum yogurt sebekas!! Siaplah kau nak…kusumbat apa sahaja lepas ni. Kalau manggis yang masam bisa kau telan….ha lepas ni makin berwarna warnilah menu makanmu ye nak…….(buat muka atas kepala ada bintang dan ada tanduk)……Oh ya ada satu lagi….dah pandai nak larikan diri bila kena urut!!Menolak-nolakkan kaki sampai posisi badan beralih…Mak Ija yang kena kejar…hihihi nak lari kononnya tapi tak dapat……lari le TETAP KENA!!!hihihii kesian Super Haziq….mama boleh tolong tengok dan tolong gelak je dik….

Sedikit keletah Super Haziq…

Penat katanya..

Penat katanya..

sambil-sambil tu auta...boleh sengih....

sambil-sambil tu auta…boleh sengih….

setiap kali sesi....

setiap kali sesi….

Baru tau merah padam muka...

Baru tau merah padam muka…

Untuk perkembangan lainnya….kita tunggu siri ke 3 nanti ye. Mohon doa agar usaha kecil ini mendapat keberkatan dan Super Haziq dapat menunjukkan perkembangan positif hasil rawatan intensif di sini. Lepas ni mama pula kena praktikkan skill yang sedikit ini supaya Super Haziq mama terus berkembang….sayang kamu ketat-ketat!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s