Cerita Alam Impian: Catatan Pengalaman…

Assalamualaikum….

Sekali lagi mama mencoret tetapi kali ini bukan berkongsi kisah Aiman Haziq sebaliknya berkongsi rasa tentang kerenah manusia. Bukan mengeluh, jauh sekali mahu mengadu tetapi realiti yang perlu dihighlightkan agar insan-insan di luar sana yang kononnya mengaku menerima OKU dalam masyarakat, benar-benar membuktikan apa yang di kata. Kota apa yang dikata, itu yang dituntut. Saya ke PKNS Shah Alam mencari kurma Super Haziq yang kehabisan. Saya melihat parking OKU telah diisi oleh kereta Mercedez dan sebiji kancil tanpa pelekat OKU. Ada sebal bertamu memandangkan pada ketika itu saya berdua dengan Haziq dan parking itu satu-satunya parking yang paling dekat dengan ram iaitu laluan untuk pengguna kerusi roda. Bila saya pusing 360 darjah, memang tiada laluan lain yang ada ram. Kalau saya bersama encik suami, saya tak kisah kerana encik suami boleh membantu…rezeki Super Haziq akhirnya dapatlah parking hampir 50 meter dari ram. Kemudian dapatlah mencari kurma. Bila di kaunter bayaran tiket pula, masalahnya perlu keluar 15 minit daripada masa pembayaran. Kalau lewat kena pergi semula ke kaunter dan bayar. Muka pegawai bertugas pun dah tak mesra alam bila saya katakan saya parking jauh, makan masa nak masukkan anak, wheelchair sebab parking OKU dan penuh. Kalau buat di autopay sekalipun, saya terpaksa berjalan jauh ke parking. Saya tanyakan apa lagi option yang ada. Saya diminta bayar di office di tingkat bawah, senang katanya…keluar kereta..terus ke office dan bayar. Tak faham agaknya saya katakan saya hanya berdua. Untuk keluar kereta dan tinggalkan anak dalam kereta takkan saya buat! Kalau saya terlewat, saya kena patah balik dan bayar semula….sama saja kan….

Akhirnya saya ambil solusi sendiri sebelum saya merasakan ada hangat di muka. Saya kata tak apalah, saya bayar parking dan saya larilah seberapa laju ke kereta. Tanpa senyuman, tanpa kata apa-apa, terus huluran wang saya disambut dan saya pun terus berlalu macam Charlie Chaplin semata-mata nak kejar keluar dari parking sebelum 15 minit. Orang-orang di sebelah hanya memandang. Tiba di laluan ram pula, beberapa hamba Allah sedang bersembang menghalang laluan walaupun nampak saya tergesa-gesa menyorong wheel chair hingga terpaksa saya tegur dengan “Excuse Me” baru hendak beri laluan. What an attitude!!! Pasti saya marah, pasti saya kesal. Inikah sikap rakyat kita yang kononnya menerima OKU dalam komuniti? Kelam kabutlah saya masukkan Super Haziq dalam kereta, angkat wheelchair hinggakan terasa nak bernafas pun tak cukup oksigen!! Apa yang penting ialah keluar dari PKNS!!! Tidak mesra alam bagi pengguna wheelchair!

Kemudian saya ke Econsave. Super Haziq tak mahu dikendung menggunakan SSC. Ada beberapa barang yang terpaksa saya beli sebab dah alang-alang keluar. Berpeluh-peluhlah juga sebelah tangan menggendung, sebelah tangan menjinjing beg plastik hingga pada satu ketika, saya terpaksa meletakkan beg plastik di lantai sementara kerana lelah. Orang di sekeliling hanya memerhati. Memandang dari atas ke bawah. Bila nak ambil semula plastik tersebut, saya terpaksa mencangkung supaya dapat dicapai. Sayangnya tiada siapa yang menghulur tangan walaupun pada ketika itu ada 3-4 orang berdekatan dengan saya. Masing-masing hanya memandang sepi. Allahurobbi……sedih hati tiada siapa yang tahu. Sekarang semua orang dah tahu kalau membaca entri ini kan. Waktu itu bukan saya yang saya fikirkan. Saya masih kuat, saya masih mampu memegang anak dan barang. Saya membayangkan kalaulah ada ibu tunggal ke…orang lain yang lebih susah dan berada dalam keadaan saya, adakah sesiapa mahu membantu? Mungkin orang melihat saya berbadan besar, mampu melakukan sendiri apa yang mungkin terdaya saya lakukan tetapi tipis sangatkah nilai kemanusiaan kita? Apa salahnya kalau kita tawarkan bantuan meskipun mungkin saya tidak memerlukannya? Sejuk hati bila melihat ada yang prihatin. Lebih-lebih lagi bila melihat anak yang dikendong itu istimewa. Nampak macam alien kah mereka hingga takut untuk mendekat?

Sedih bila jelas masih ada masyarakat yang memandang sepi anak-anak OKU seperti Super Haziq. Jangan menjaja SIMPATI tetapi EMPATIlah sebenar-benar empati. Fahami maksudnya dan kalian akan mengerti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s