Syiling 50 sen, Super Haziq dan Baitullah!!

Assalamualaikum….

“DUIT SYILING 50 SEN DILELONG PADA HARGA RM19,942!!!!!!”

Sila baca berita penuh di http://www.mymediahubonline.blogspot.com/2014/04/-duit-syiling-50-sen-dilelong-pada.html?m=1

Serius!!! Terkejut bila baca berita ni yang tersebar di alam maya hari ini. Duit syiling 50 sen tahun 1968 harganya hampir 20K????????????? Macam tak percaya pun ada…Biar benar……Terus mama pun tersenyum. Hui…..kalaulah betul….usaha pengumpulan dana yang sedang mama usahakan untuk bawa Super Haziq ke Tanah Suci nampaknya ada peluang akan terlaksana dalam jangka masa yang lebih pendek! Mama target usaha mengumpul dana akan mengambil masa paling lama 5 tahun sebab iyalah….mama bukannya orang kaya. Nak simpan duit bulan-bulan pun main tutup mata pakai kain net..kadang-kadang bila perlu terpakai juga…..huhuhuhu (garu kepala sebab tak sure bila nak cukup)….

Bila terbaca berita ni, mama terus belek-belek syiling 50 sen yang mama simpan. Ada ke tidak….manalah tau kot ada terselit syiling 50 sen tahun yang sama….Langkah kanan mama kan…..tapi kalau pun ada, siapalah sanggup nak keluarkan hingga 20K hanya untuk dapatkan sekeping syiling 50 sen. Kalau betullah ada yang sanggup membeli…..kecil tapak tangan, Stadium MPPG mama tadahkan!!. Belek punya belek………………………

50 sen...50 sen......

50 sen…50 sen……

Eh tiba-tiba ada syiling 50 sen!! Tahun yang sama!! Belek punya belek lagi..rupa-rupanya mama ada simpan syiling 50 sen tahun 1968, 1973, 1977, 1982, 1984, 1987 dan 1988. Agaknya kalau mama simpan lagi 4 tahun pasti nilainya lagi tinggi sebab mengikut harga pasaran. Kalau benarlah ada peminat syiling lama yang terbaca post mama ni…..sudi-sudikanlah hubungi mama, kotlah ada yang berminat. Kalau benarlah harganya mencecah 20K…..harus mama, Super Ayah dan Super anak-anak mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum menziarah Rumah Allah dan mama tak pernah putus berdoa agar kami sekeluarga terpilih untuk mendapat jemputan dariNya…Seandainya melalui ini kami dapat menjejak Baitullah….mama bersyukur!!!

Antara koleksi yang mama jumpa......

Antara koleksi yang mama jumpa……

Oleh kerana mama tak tahu sangat pasal duit-duit lama…mama pun mula meminta bantuan pakcik google dan terjumpalah link blog ini yang membantu mama lebih memahami tentang duit lama dan nilainya. Oh TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Punah harapan bila melihat nilainya…..hukhukhuk..rasa macam nak menangis guling-guling dari atas ke bawah bukit….hahahaha. Kalau newbies yang minat mengumpul duit lama, blog ini banyak membantu. Sila ke pautan——–>>

http://lunaticg.blogspot.com/2013/11/information-about-50-sen-1967-1968-1969.html

Lepas ni jadi pengumpul duit lamalah pulak….Apa-apa pun..mama tetap teruskan proses pengumpulan dana untuk Super Haziq ke Baitullah….semoga hasrat dan hajat ini tertunai dalam tempoh perancangan dan buat masa ini LUPAKAN SYILING 50 SEN!!!!!!!!!!!!!huhuhuhuhuhuhuhuhu…………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s