Sakit matalah pula……

Assalamualaikum….salam kasih sayang buat semua pengunjung blog lamanhaziq.

 

Sihat semuanya?  Diharapkan kalian semua berada di bawah lindunganNya selalu….Aiman Haziq kurang sihat beberapa hari ini. Sebenarnya mama dah perasan mata kiri Super Haziq seakan berhadapan dengan masalah kerengsaan. Senang kata…sakit mata tapi biasalah mama dan Super Ayah…kalau boleh memang sehabis upaya tak mahu ke klinik apatah lagi rumah sakit selagi keadaan itu mampu ditangani sendiri. Timbul juga kebimbangan di lubuk hati mama sekiranya keadaan ini menjurus kepada kondisi demam. Al-maklumlah Super Haziq bila demam sekarang ni jarang sangat beri signal…tahu-tahunya suhu sudah mencanak naik. Kalau boleh mama tak mahulah sakit mata ni mendorong hingga terjadinya demam. Kebetulan dalam masa yang sama mama juga diserang demam urat.  Sakit-sakit seluruh badan. Kaki terasa berat bagaikan dihempap benda berat. Ada ketikanya terasa seram sejuk macam orang bentan dalam pantang….fuhhhhh…..bab bentan ni memang mama tak boleh nak lupa sebab sewaktu menjaga Super Haziq di HSA, pada waktu itu mama masih dalam pantang. Dek kerana tidak menjaga kesihatan tubuh , entah berapa kali mama bentan…hanya yang pernah merasa saja yang akan tahu bagaimana rasanya. Kalau boleh tak mahu………………..

Semalam mama lihat keadaan mata Super Haziq tidaklah sebengkak hari ini. Masih lagi bertahan. Mama hanya basahkan tuala kecil dan lapkan tahi mata yang keluar. Kasihan juga susah benar mama lihat ketika Super Haziq mahu buka mata tatkala bangun dari tidur. Perlu ditenangkan….dibuangkan semua tahi mata yang melekat dan keras di keliling mata….barulah mata boleh dibuka dan senyuman dapat diukirkan. Petang tadi mama terlewat ambil Super Haziq dari rumah pengasuh. Pengasuhnya memaklumkan sakit mata Super Haziq sudah berhijrah, memberi salam ke mata kanan dan mengajak mata kanan untuk berganding bahu sakit bersama….tepat benar dengan pepatah bahu membahu!! Sakit sang mata kiri, mata kanan mengikut jejaknya….maka bermulalah episod merengek sesekali dan suhu badan pun mula turun naik…..amaran supaya mama dan Super Ayah bersedia.

Dah mula bengkak bawah mata....

Dah mula bengkak bawah mata….

ada tahi mata lagi.....

ada tahi mata lagi…..

p/s: caption terbalik…..

Usai solat maghrib, Super Haziq kami bawa ke klinik sebelum keadaan menjadi semakin tidak keruan….(Tidak keruan????…garu kepala sendiri..). Kalau boleh mama mahu mengelak daripada Super Haziq demam. Punyalah baik, boleh tersenyum bila doktor suruh makan ubat, makan antibiotik tapi semua itu lakonan semata! Semua itu dusta!! Balik rumah bila sumbat antibiotik, dia punya jeritan mengalahkan budak kena bantai dengan rotan. Menjerit sambil keras-keraskan badan….Dia ingat dia kuat….dia lupa mama dia lagi besar dan kuat bagai johan!! hehehe. Jadinya, suka tak suka, mahu tak mahu….tetap kena telan antibiotik!

ke klinik akhirnya menyerah diri...

ke klinik akhirnya menyerah diri…

Meskipun ada kembara ilmu yang tertangguh semalam dan hari ini….yang penting keluarga diutamakan!! Ilmu boleh dicari namun ikatan kekeluargaan itu perlu dikekalkan, dipupuk dan diutamakan berbanding yang lain-lain. Cepat sembuh ye sayang….mama tahu kamu kuat dan mama percaya 100 percent bahawa kamu memang anak yang strong!!! JOM SIHAT!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s