Parking OKU punya cerita…..

Assalamualaikum…..

Salam penuh kemesraan buat semua pengunjung laman ceritahaziq. Maaflah sayang, mama coretkan cerita ni di laman ceritahaziq sebab walaupun ianya bukan cerita tentang Haziq, namun tetap ada sipi-sipi perkaitannya. Nak cerita, semalam mama ke Econsave. Seperti biasa masa nak cari tempat parking kereta tu, mama akan lalu di tiga petak khas kenderaan untuk OKU. Rasa geram mulalah bertandang. Sebab apa? Ui…kereta boleh tahan besar dan mahal yang parking di situ, tanpa pelekat OKU. Memang selalu bersangka baik tetapi kita ni manusia yang lemah, tak sempurna, kadang-kadang terbit juga rasa kesal dengan sikap masyarakat yang ‘ tak reti bahasa’. Fizikal cukup sempurna namun mentaliti di kelas ketiga!

Mama park betul-betul berhadapan dengan salah satu antara tiga petak itu. Masuk ke dalam Econsave dan mencari apa yang mahu dicari namun tidak berjumpa. Keluar semula dan tinggal satu kenderaan masih di petak yang sama. Entah kenapa mama rasa perlu berbuat sesuatu. Mama masuk dalam kereta dan mula mencari buku nota yang sentiasa ada dalam beg tangan dan akhirnya…..

 

20140520_104707

kenderaan yang tinggal di petak kenderaan OKU

20140520_105522                                                                                           Peringatan mesra istimewa dari mama………

Waktu itu entah kenapa mama benar-benar terusik, marah, kesal, semuanya ada. Bukan sebab mama tak dapat masuk petak tu yang mama tak hairankan sangat pun tetapi lebih kesal dengan mentaliti masyarakat yang kononnya sempurna. Hak yang sedikit ini pun hendak dirampas. Lupa agaknya bagaimana cara menghormati hak orang lain. Kalau kita menyalak bukit, kita yang penat…bukit tak runtuh namun kita yang lelah kehabisan tenaga. Hendak harap pihak berkenaan menguatkuasa apa yang patut dilaksana? Berapa peratuslah sangat implimentasinya? Mama sudah sampai ke tahap tak kisah dah….Mama bercakap atas kapasiti hak bersuara seorang ibu kepada anak OKU. Kalau itupun dikatakan keterlaluan….sungguh undang-undang manusia ini bukanlah sesuatu yang bakal menggugat! Akhirnya catatan itulah yang terhasil. Mama selitkan di viper depan kenderaan tersebut dan mama sanggup menunggu apakah yang akan berlaku atau dilakukan kepada kepingan kertas kecil itu.

Hampir 15 minit menunggu, akhirnya kelihatan sosok tubuh wanita menghampiri kenderaan tersebut. Sekali lagi hati kecil mama terusik. Wanita!!! Wanita yang terkenal dengan lembut hatinya juga hilang pertimbangan semata-mata mahukan petak paling hampir dengan pasaraya. Selepas masuk ke dalam kenderaan, wanita itu cuba untuk ‘wipe’ kertas tersebut namun ianya kukuh lekat di situ. Akhirnya wanita itu keluar semula dari kenderaannya dan mengambil kepingan kertas tersebut. Selepas beberapa detik membaca, beliau terus memandu keluar dari petak berkenaan. Hmmmmm…..Mama risau juga, kotlah kertas tersebut direnyuk dan dicampak ke luar tingkap….nampaknya apa yang dijangka tidak berlaku, alhamdulillah!

Mama terus menunggu mana tahu ada kenderaan lain yang bakal memarkir kenderaan di petak berkenaan. Tiba-tiba muncul sebiji viva. Mama ingat dia nak park di petak khas yang kosong tu, namun rupanya lalu sahaja dan park betul-betul di sebelah mama. Mama perhatikan dari ekor mata. Bila pemandunya keluar saja, mama turunkan tingkap dan menyapanya. Terkejut abang tu!! Bila mama tanyakan mengapa tidak park saja di petak OKU yang kosong tu…dengan muka blurr (soalan apa ni?, agaknyalah…), beliau menjawab..”kan tu untuk OKU”…terus mama rasa terharu sangat, nak menangis pun ada, sebak pun ada. MasyaAllah masih wujud insan semulia beliau yang tahu menghormati hak orang lain. Sebenarnya ramai lagi semulia beliau namun dek kerana segelintir yang mindanya jumud ini telah merosakkan imej insan-insan lain yang penuh dengan integriti dan kasih sayang. Malah beliau jugalah yang bantu alihkan troli di belakang kereta kerana ulah manusia yang tak bertanggungjawab. Suka-suka sahaja meletak troli barang di belakang kenderaan, kalau abang tu tak tolonglah alihkan, sudah pasti mama akan langgar bila mengundurkan kenderaan. Terima kasih bang!!

Kalaulah ramai orang yang berfikir sebegini… namun mengharapkan perubahan mentaliti di kalangan 28 juta rakyat Malaysia sememangnya payah. Jadi biarlah kami bantu dengan cara begini. Semoga usaha kecil ini dapat meresap ke nurani insan yang dikurniakan akal yang sempurna oleh Allah. Balik je ke rumah, mama standby dengan edisi ingatan mesra yang lebih kemas dan SIAP UNTUK DELIVERY!!!!

versi cantik...

versi cantik…

Mohon maaflah kepada pemandu-pemandu kenderaan yang bakal menerima peringatan kasih mesra ini. Ini bukan denda, cuma helaian membuka minda dan jiwa. Kalau masyarakat tak beri peluang kepada OKU untuk berada dalam lingkungan mereka….apa gunanya??? Janganlah menuding kepada kecacatan yang dialami OKU semata-mata tetapi pandanglah kembali apakah kesempurnaan kita itu benar-benar sempurna atau kesempurnaan kitakah yang makin mencacatkan mereka? Selamat renungkan bersama…….

Advertisements

4 thoughts on “Parking OKU punya cerita…..

  1. Salam..

    saya seorang oku. Tidak punya sebelah kaki. Mmg sedih perkara ini bwrlaku. Seperti tidak menghormati hak golongan seperti kami. Yer kdg kala kereta yg besar2 ni juga.terima kasih sdengan secebis nota buat golongan yang empunya mental disability ni. moga allah rahmati hidup puan sekeluarga.

    • Salam. Amiin..cuma sedikit usaha bagi menyedarkan teman2 yang mungkin terlupa hak orang lain dalam dunia yang sama sis….

  2. salam..mintak izin nk copy gambar note yg cantik tu boleh? hihi..nk letak dlm proposel final year projek utk kukuhkn fakta..hihihihi..boleh? terima kasih..^_^

    • salam
      sayang aisyah…..
      kalau note tu dah dicopy pun akak tak marah…
      akak lagi marah diri sendiri sebab tak perasan mesej Aisyah ni…sorry ye sayang…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s