Budak sekampit beras? Tidak lagi…..

Assalamualaikum buat semua pengunjung laman cerita Haziq.

Alhamdulillah…hari ni hari pertama kita berpuasa ye. Saya mewakili Super Haziq dan keluarga kecil kami nak mengucapkan selamat  menjalani ibadah puasa tahun ini. Semoga ibadah kita diterima di sisiNya insyaAllah. Apa kisah nak dikongsi dalam entri kali ni ye…kali ini saya nak kongsikan tentang Super Haziq yang dah makin debab! Kalau dulu saya selalu gelarnya Budak Sekampit Beras tapi rasanya gelaran tu sudah tak relevan sebab saya kira tubuhnya kian berisi. Sajalah nak share….beberapa tahun lepas, saya alami masalah sakit tulang belakang. Berbulan menahan sakit, akhirnya saya dapatkan rawatan dengan tabib tulang di Pulau Pinang. Katanya tulang pinggang dan punggung saya tak berada dalam kedudukan asal. Wajarlah pada ketika tu kalau duduk lama sikit, bila bangun saya pasti mengambil masa untuk melangkah. Perlu berpaut pada kerusi dan meja terlebih dahulu untuk meluruskan pinggang, barulah dapat menegakkan badan dan mula berjalan. Agak khuatir sekiranya ia berulang lagi kerana saya sedar sudah ada tanda-tandanya 2-3 hari lepas.

Balik dari berbengkel di Port Dickson pada hari Khamis, saya mengambil Haziq dari rumah pengasuh. Bila dukung saja, oh tiba-tiba terasa seakan benang tertarik di pinggang dan saya tahu ada sesuatu yang tak kena. Memang terasa tubuhnya. Satu lagi, suka benar Super Haziq melonjak-lonjakkan badan. Satu perkembangan yang positif cuma tak tahanlah mahu menahan. Sementelah dah dekat Ramadhan, Jumaat hingga Ahad bercuti. Super Haziq memang cukup suka bila ada orang melayannya. Makan berpangku, ada kalanya mahu didukung, mandinya mencangkung, semuanya perlukan kekuatan pinggang dan saya dah mula merasakan saya berhadapan masalah yang sama. Sudah tidak boleh duduk lama di kerusi…oh tidak………..

Ditakdirkan Allah juga dua hari lepas waktu kami berpusing-pusing mahu berbelanja barang keperluan, ternampaklah sebuah kerusi yang rasanya cukup sesuai untuk Super Haziq di kedai barangan terpakai. Bila didekati, conditionnya agak elok, kalau dibasuh kelihatan seperti baru. Kerusi beroda, mudahlah kalau nak bergerak dalam rumah kecil kami. Kuranglah sedikit risiko sakit belakang akibat selalu nak didukung. Memang Allah dah tentukan rezeki setiap anak. Saya percaya itu. Harga yang kami dapat untuk kerusi tersebut sangat berbaloi dengan keadaannya. Hanya RM45!! Antara alat bantuan untuknya yang termurah, alhamdulillah!!

20140628_190729

20140628_190901

Just nice dengan Super Haziq. Boleh dinaik dan diturunkan, beroda dan boleh ditolak ke dapur malah ke dalam bilik. Kuranglah sedikit perlu didukung melainkan waktu makan dan mandi. Masih mencuba untuk suakan susu dan makanan dalam posisi duduk.Nampaknya masih belum bertemu cahaya kejayaan kerana kerap tersedak. Mahu atau tidak, selesanya berpangku sehingga ke hari ini apabila makan dan menyusu. Semoga terus sihat. Tak apalah kalau babab sekalipun. Tak mengapalah kalau saya menghadapi sedikit cabaran asalkan Super Haziq terus sihat. Dapat melihatnya ketawa sudah cukup bahagia apatah lagi duduk memanggil mama, berdiri mahupun berlari. Masih menunggu keajaiban Ilahi….Mungkin usaha saya masih belum cukup untuk anak ini. Masih meneruskan apa yang mampu dan sekarang sudah lena pula diulit mimpi….rasa mahu saja saya gigit pipinya yang semakin tembam dan dadanya yang bidang….alamak baru saja cakap dah buka mata…..alahai…oklah kita sambung di entri berikutnya nanti ye. Bila budak babab ni dah mula menyanyi……….

4 thoughts on “Budak sekampit beras? Tidak lagi…..

  1. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Al-Baqarah 286)..

    Semoga sis tabah membesarkan anak..

  2. Assalamu’alaikum kak..Bila saya baca cerita akak tntg Haziq, tiba2 je rasa sebak..Saya selalu bygkan ujian yg Allah bg pd saya & suami terlalu besar & x tertanggung rasanya..Rupa2nya ada org lain spt akak yg diuji oleh Allah, sama spt kami & mampu menghadapinya dgn tabah..Anak ketiga kami, Aqil Syafiq, dilahirkan sihat pd 20/2/14, tp masa umurnya 2bln lbh, dia kena sawan & tiba2 terus x boleh bernafas..masuk icu di HSAJB & kmdn refer ke HKL sbb doc suspect dia ada mslh genetik..at first doc suspect dia kena meningitis tp bila buat LP, xde kuman pd selaput otak dia..bila refer HKL, pakar genetik ckp dia mgkn menghidap Leigh Syndrome..sejenis mitochondrial disease yg jarang berlaku & x ada ubat yg blh mengubatinya.skrg ni tgh tunggu result..saya harap diagnosis doc tu silap sama macam Haziq dulu, bila at first doc ckp mgkn Rett Syndrome tp sbnrnya bkn..Terima kasih krn berkongsi cerita yg menjadikan saya lebih kuat & tabah utk menjaga Aqil yg telah Allah amanahkan pd kami..Sama2lah kita berdoa agar anak2 kita akan terus kuat dlm perjuangan mereka menempuh perjalanan hidup..insyaa allah…

    • Waalaikumsalam. Maaf tak perasan comment zu…dah lama tak bukak laman ceritahaziq. Hmmm begitulah Zu…bila nak redakan hati…cuma kena ingatkan diri sendiri yang ujian orang lain mungkin lebih besar dari kita. Moga Allah pandang pengorbanan dan usaha kita dengan pandangan rahmatnya dan kita terus diberikan ketabahan untuk melalui ujian kecil ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s