Kisah Haziq

Laman blog ini merupakan laman perkongsian berkenaan Aiman Haziq yang kini dah pun berusia lebih tiga tahun yang merupakan salah seorang pesakit yang jarang ditemui di Malaysia (rare syndrome) iaitu chromosome 2q duplication syndrome. Aiman Haziq juga menghadapi masalah global development delayed, seizures dan masalah penglihatan. Anak bongsu daripada tiga beradik ini dilahirkan secara normal, cukup bulan tetapi mula mengalami serangan sawan pada hari kedua kelahiran. Daripada detik itulah, berlaku perubahan drastik daripada aspek emosi kepada mama dan ayah. Apa yang perlu dilakukan dan kepada siapa perlu diajukan segala permasalahan kami. Laman ini diwujudkan bukan sekadar berkongsi dengan ibu bapa yang memiliki anak istimewa yang mungkin masih tertanya-tanya apakah penyakit anak masing-masing, apakah perasaan mereka dan bagaimana pengalaman dalam menjaga anak istimewa yang merupakan anugerah daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih, malah menjadi ruang untuk segala perkembangan Haziq bisa dicatatkan oleh insan-insan yang menyayanginya setulus hati. Setiap hari adalah hari-hari yang penuh dengan ujian, dugaan serta keindahan yang mungkin tidak dilalui oleh orang lain. Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan pengalaman yang jauh lebih besar maknanya…

Advertisements

10 thoughts on “Kisah Haziq

  1. salam kpd ibu haziq….saya amat kagum dgn ketabahan puan. saya ingin berkongsi pengalaman menjaga adik ipar yg cacat akal. saya rasa saya tidak setabah puan. puan boleh layari blog. saya iaitu wanitahariini.blogspot….tahniah puan kerana menjadi ibu yg baik utk haziq. hanya kasih-sayang sahaja mampu membuat kita tabah…teruskan usaha, semoga Allah memberi ganjaran yg hebat utk puan..

    • Assalam Puan…sebenarnya, saya juga manusia biasa yang kadang-kadang rapuh hatinya. Tetapi saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa Allah dah aturkan yang terbaik buat saya, itu saya yakin sekali. Saya masih berasakan saya belum menjadi ibu yang betul-betul berusaha sebaik mungkin untuk Haziq. Lebih ramai ibu di luar sana yang lebih hebat daripada saya di mana kondisi anak mereka mungkin lebih teruk daripada Haziq. Saya doakan juga puan terus kuat semangat, tabah dan tegar menghadapi ujian yang Allah sediakan untuk puan. Allah hanya beri kepada hambaNya yang Dia Maha Tahu mampu mengharunginya…..sama-sama kita berdoa agar diberikan kekuatan dalam menjaga anak-anak syurga ini ye puan…..

  2. Assalammualaikum puan, saya mengisi masa dengan berblog walking melayan rasa risau yang memuncak setelah bayi 2 bulan saya didignose dgn hemolytic anemia dn pasukan paedtric masih mencari solution utk rawatan bayi saya.. Semoga bayi saya sembuh dan semoga allah meminjamkn kekuatan yg ada utk saya..terima kasih utk setiap entri puan yg mmberi semangat kekuatan dan dorongan

    • Waalaikumsalam Liyana. Pertamanya, terima kasih kerana singgah di blog Haziq. Keduanya, Liyana perlu ingat bahawa kita adalah insan-insan terpilih yang Allah tahu kita mampu melalui ujian ini kerana Dia tidak akan memberatkan hambaNya di luar kemampuan kita. Pasukan perubatan akan berusaha mencari punca dan solusi, kita juga kena bergerak seiring. Kalau boleh Liyana kongsikan keadaan bayi Liyana, mungkin kita boleh sama-sama saling memberi dan bertukar maklumat. Kita sama-sama dalam proses belajar dan selalu meminjam kekuatan orang lain yang diuji dengan ujian yang lebih hebat. Terus kuatkan hati, banyak-banyak bersabar ye….

  3. assalamualaikum mama. dah lama tak dengar cerita haziq……rindu nak dengar apa perkembangan anak syurga ini…..

  4. salam ukhuwah..
    terpanggil nk ziarah adik haziq.. saya duduk dikota masai.. klu diizin bagaimana utk berhubung ya.. sekadar bertanya khabar dan mungkin sedikit perkongsian membesarkan anak2 seperti haziq.. wasap atau kol saya di no ini 0187779031 klu x keberatan..

    • Salam ukhwah juga Sis….
      Terima kasih singgah laman ceritahaziq. Oh di Kota Masai di mana ye. Saya di Kiara, Taman Nusa Damai. Datanglah ke rumah, boleh juga berkenalan….

    • Assalamualaikum….maaf agak lewat membalas mesej Im. Agak lama tak menjenguk laman ceritahaziq ni. Terima kasih…saya ibu yang biasa2 saja….ramai lagi ibu terbaik di luar sana insyaAllah. No telefon saya 019-7776378. Boleh juga berhubung di FB saya Siti Suhaila Samian.

      Terima kasih sudi lawat laman ceritahaziq ye. Jangan serik tau….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s