Selsema, batuk berkahak….

Ala…semalam Ibu kata Haziq tak mahu makan lagi. Sikit saja makannya. Mama tak kiasah sangat kalau Haziq makan sikit, asalkan Haziq minum susu macam biasa. Kali ni memang sengaja mama tak mahu jenguk Haziq di rumah pengasuh, bukan apa, nanti kalau dah selalu sangat dengar suara mama, naik manjalah pulak dia….Mama pun dah jangka Haziq akan makan sikit sebab makin banyak pulak kahaknya. Kalau minum susu tu, geram aje dengar bunyi kahaknya. Rasa kalau boleh dicekut-cekut, nak aje mama tarik keluar kahak supaya Haziq tak rasa tak selesa.

Ini pun dah cukup bersyukur Haziq boleh keluarkan kahak sendiri bila batuk. Kalau masa makan ubat sawan dulu, bila banyak kahak saja, ke klinik atau hospitallah jawabnya untuk sedut. Kalau tak, akan mengganggu saluran pernafasan Haziq pulak. Kahak yang likat kali ni pula beserta selsema. Mujur selsema Haziq ni jenis tak berhingus yang berekor-ekor. Kesian juga malam-malam tersedar masa tidur, hidungnya tersumbat, susah ank tidur, apa Haziq tahu buat? Menangis jelah dia. Sapukan vicks di dada barulah Haziq dapat tidur lena. Kalau tidak kejap-kejap macam nak tersedak dek kerana hidung yang tersumbat. Kesian Haziq….

Dah lama Haziq tak diserang selesema. Rasanya sejak Haziq amalkan TF sejak setahun lepas, jarang sungguh Haziq diserang selsema. Kalau batuk tu rasanya dalam 3-4 bulan sekali kena tu biasalah. Kalau kahak, ubatnya memang kena kurangkan kuantiti susu. Walaupun susu yang diminum tu susu soya tetapi terpaksa juga bagi dalam kuantiti yangs edikit supaya tak terlalu pekat yang boleh mengganggu sistem pernafasan. Bila pekat, kahak banyak, lendir pun banyak, kalau tersedak ke, batuk ke, kelam kabutlah mama dan ayah…Kesian kalau asyik nak disuakan ubat batuk. Dah berapa banyak ubat yang masuk dalam tubuh Haziq. Kena cuba cara alami,s ecara natural…kurangkan ubatan dan guna alternatif lain pula. Kadang-kadang kena jugak buat try and error, baru dapat tahu apa yang sesuai dan yang baik untuk Haziq.

Ni tengok gaya macam nyenyak je Haziq tidur tanpa disapukan Vicks. Harap-harap nyenyaklah sampai ke pagi….

Leave a comment